GURU PENOLONG KANAN PETANG
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya Guru Penolong Kanan Petang menzahirkkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana laman web rasmi sekolah, “Citra Digital SKeST” telah berjaya dibangunkan. Semoga platform interaktif ini dapat menjadi penghubung diantara warga sekolah bersama PIBG sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat dengan harapan ia dapat memupuk kecemerlangan pendidikan murid dari aspek sahsiah , disiplin, kokurikulum dan kurikulum anak didik.
Setiap aspek Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 adalah dibawah seliaan saya khususnya dapat berjalan dengan lebih lancar selari dengan pembangunan laman web sekolah kita ini sekaligus dapat melaksanakan amanah kepada semua murid warga SKest.
Setiap aktiviti yang telah dirancang Pentadbiran Sekolah, Unit Kurikulum, Unit HEM dan Unit Kokurikulum adalah bertujuan mengenal pasti kebolehan setiap murid dalam semua bidang. Ini akan dapat memberikan kesimbangan kepada anak murid dari segi pembentukan sahsiah, keyakinan diri, disiplin, kerjasama berpasukan dan sekaligus membentuk kecemerlangan dalam akademik.
Maka dengan ini, besarlah harapan kami agar laman web ini akan menjadi peghubung yang amat berkesan sebagai saluran maklumat kepada semua pihak dalam mendukung misi dan dan misi Sekolah Kebangsaan Selupoh.
Semoga kebersamaan semua pihak dalam usaha melahirkan generasi pelapis kita yang cemerlang dalam semua aspek akademik, keperibadian mulia dan tanggungjawab yang tinggi dalam menggalas amanah dapat kita capai. Sekaligus, kita dapat melahirkan generasi muda yang holistik, berkualiti, dan berdaya saing di peringkat global.
"SKeST Aranggoi".
“TogethernessTowards Excellence”
Sekian, terima kasih.
Pn. Hasimah Yon Binti Hj. Mohd. Zain
Guru Penolong Kanan Petang
Sekolah Kebangsaan Selupoh Tuaran