ASCII ialah singkatan bagi American Standard Code for Information Interchange. ASCII adalah kod – kod yang digunakan untuk memudahkan interaksi antara user dan komputer. Dengan kata lain, ASCII digunakan untuk pertukaran maklumat dan komunikasi data dengan cara menukarkan angka kepada karakter aksara. ASCII sebenarnya lebih dikenali sebagai kod angka 7-bit yang mewakili sebuah karakter, ASCII digunakan kerana komputer hanya memahami angka sahaja.
Asalnya kod ASCII mempunyai bilangan binary sebanyak 8-bit yang bermula dari 00000000 hingga 11111111. Jumlah kombinasi yang dihasilkan adalah sebanyak 255, bermula dari kod 0 hingga 255 dalam sistem Desimal. Kod ASCII 0 hingga 127 merupakan kod untuk manipulasi teks, manakala kod ASCII 128 hingga 255 untuk manipulasi grafik.
Setiap symbol yang terdapat pada keyboard memiliki kod ASCII. Contohnya, huruf A memiliki kod ASCII 65; huruf a memiliki kod ASCII 97. Kod ASCII 65 jika diterjemah ke kod binary; (65 = 01000001 , 97 = 01100001).
EBCDIC ialah kod 8-bit untuk aksara yang digunakan pada sistem operasi computer merk IBM (International Business Computer), seperti z/OS, OS/390, VM, VSE, OS/400, dan i5/OS. Kode EBCDIC ini juga dipakai untuk beberapa jenis komputer lain seperti Fujitsu-Siemens BS2000/OSD, HP MPE/iX, dan Unisys MCP. Kode EBCDIC ini merupakan hasil perkembangan dari kode 6-bit yang digunakan pada sistem punched card pada computer IBM pada akhir tahun 1950 an dan awal tahun 1960 an.
EBCDIC merupakan format aksara (character) 8-bit yang menerangkan computer bagaimana mentafsir arahan. Contohnya, semasa 1-bit mengawal bahasa arahan yang dimasukkan, bit lainnya akan mengawal sama ada aksara (character) ditafsir dalam bentuk huruf besar (uppercase) atau huruf kecil (lowercase). Walaupun EBCDIC mengandungi fungsi – fungsi asas untuk menyokong ciri – ciri komputer yang sebenar dan mempunyai sokongan untuk bahasa baru tetapi ia tidak menyokong banyak ciri – ciri yang ada pada Unicode dan ASCII. Contohnya, keupyaan untuk menulis dalam pelbagai bahasa.
EBCDIC adalah bahasa yang hanya digunakan pada mesin IBM seperti kerangka utama, computer peribadi midrange dan peranti peripheral. Oleh kerana kebanyakkan mesin keluaran IBM mempunyai keupayaan pemprosesan yang tinggi dan luas serta mempunyai sokongan untuk bahasa pengekodan moden, peranti ini mampu bersaing mengatasi jenama lain. Walaubagaimanapun, kebanyakkan mesin dan sistem operasi bergantung pada kod ASCII dan Unicode sebagai format pengekodan piawai mereka.
Unicode adalah satu aksara pengekodan aksara yang membolehkan untuk mewakili tanda-tanda hampir semua bahasa bertulis. Standard ini dicadangkan pada tahun 1991 oleh organisasi bukan keuntungan "Unicode Consortium" (Eng.
Kesimpulannya,pengekodan ASCII,EBCDIC dan Unicode diwakilkan kepada huruf abjad,angka dan simbol atau lebih dikenali sebagai aksara.