LATAR BELAKANG
Falsafah Pendidikan Negara memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara dengan pendekatan secara menyeluruh yang merangkumi pembinaan kecemerlangan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Usaha yang disarankan dilihat akan membentuk murid-murid yang sentiasa meletakkan seni menulis yang cantik, kemas dan teratur.
RASIONAL
Pertandingan ini melibatkan peserta yang berbakat dalam Tulisan Cantik dan kreatif dari sekolah rendah seluruh negeri Melaka.Besarlah harapan agar pertandingan ini mendapat sokongan dan diterima oleh pelbagai pihak khasnya bagi Memartabat Bahasa Melayu.
MATLAMAT
Membentuk generasi yang sentiasa cinta akan Bahasa Melayu yang membentuk nilai Kreatif.
Memberi peluang murid menggaplikasikan Tulisan Berangkai secara kreatif yang terdapat dalam DSKP.
OBJEKTIF
Mencungkil dan mengembangkan bakat murid agar dapat menulis tulis berangkai dengan cantik dan kemas.
Memupuk semangat penghasilan tulisan secara kreatif dan berseni.
Memartabatkan kembali tulisan cantik agar membentuk nilai kecantikan dan kekemasan.