Peserta mestilah terdiri daripada murid yang sedang bersekolah di sekolah bantuan penuh Kementerian Pelajaran Malaysia dan bukan bantuan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia. Murid daripada MRSM tidak dibenarkan menyertai.
Peserta sekolah menengah yang layak ialah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6
Peserta sekolah rendah yang layak ialah murid tahun 4 hingga tahun 6 sahaja.
Peserta yang menyertai kategori silat seni dibenarkan menyertai kategori muzik silat tempatan.
1. Keluasan gelanggang
Tiada ketetapan keluasan gelanggang.
2. Pakaian peserta
Peserta hendaklah berpakaian silat lengkap semasa memperaga silat.
Pakaian silat bagi kategori seni tari silat ialah pakaian silat lengkap dengan baju layang mengikut peraturan sedia ada.
Bagi kategori seni tempur silat (solo), baju layang tidak dibenarkan.
3. Format persembahan
Tiada tertib masuk dan keluar gelanggang perlu dilakukan oleh pesilat.
Markah tertib persembahan dikira daripada tertib semasa salam perguruan serta pola langkah yang diselangi antara babak dan salam hormat selepas habis peragaan
4. Muzik iringan
Muzik yang dibenarkan untuk mengiringi pesilat ialah muzik instrumental sahaja mengikut format KPM sedia ada.
Muzik moden tidak dibenarkan.
5. Rakaman
Rakaman video hendaklah tidak melebihi 3.00 minit dan mesti dirakam secara berterusan.
Rakaman yang melebihi 3.00 minit akan dibatalkan penyertaan.
Rakaman mesti bermula daripada peserta membuat salam hormat diikuti salam perguruan, peragaan setiap babak dan diakhiri dengan salam hormat.
Peserta perlu memulakan peragaan dengan mengadap ke arah kamera.
6. Kamera
Hanya satu kamera sahaja dibenarkan semasa rakaman dan kamera tersebut mestilah dalam keadaan pegun/statik.
Kamera mestilah mengadap pada satu arah sahaja.
Peserta mesti memulakan peragaan dengan memandang kamera seolah-olah kamera merupakan Ketua Pertandingan.
Aras kamera mestilah aras pandangan mata dan boleh diangkat sedikit.
7. Suntingan
Suntingan yang melibatkan pencantuman dan pembetulan babak tidak dibenarkan. Video tersebut akan dibatalkan penyertaan.
Suntingan yang dibenarkan adalah bagi tujuan memasukan lagu serta tulisan yang menunjukan jenis kategori atau nama sekolah atau back ground (green screen).
8. Format penghantaran video
Video hendaklah dihantar kepada penganjur melalui Google Form yang disediakan.