SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN VIDEO KREATIF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

SYARAT PENYERTAAN VIDEO KREATIF PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

  1. Pertandingan Video Kreatif (VK) 2022 dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) sebagai tuan rumah. Pertandingan ini telah dijalankan bermula pada tahun 2021.

  2. Objektif VK ialah untuk:

  • Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan bahan video kreatif;

  • Mencungkil bakat murid dalam pembinaan dan penghasilan bahan video kreatif;

  • Mewujudkan hubungan kerjasama antara murid dan guru dalam merancang, mengurus, merekabentuk dan menghasilkan bahan video kreatif.

  • Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif.

  1. VK 2022 bermula pada 13 Jun 2022. Hasil produksi video setiap pasukan sekolah perlu dihantar sebelum atau pada 20 Ogos 2022 jam 11.59 malam.

4. Pada tahun ini tema yang dipilih adalah berdasarkan buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyokong

lebih banyak bahan kreatif dihasilkan.

5. Terdapat 5 kategori yang akan dipertandingkan iaitu:-

  • Kategori Sekolah Menengah Atas

  • Kategori Sekolah Menengah Rendah

  • Kategori Sekolah Rendah (Tahap 2)

  • Kategori Pendidikan Khas (Sekolah Menengah)

  • Kategori Pendidikan Khas (Sekolah Rendah)

6. Tema Pertandingan yang dipertandingan adalah seperti berikut:

  • Untuk Kategori Sekolah Menengah Atas, Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Rendah (Tahap 2) , tema yang dipilih adalah bab di dalam Buku Teks Sejarah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

  • Tema sejarah dipilih kerana adalah selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan subjek Sejarah tersebut mudah untuk difahami dan menarik lebih minat untuk semua golongan murid untuk mempelajarinya dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang baru.

  • Manakala untuk Kategori Pendidikan Khas Sekolah Menengah dan Pendidikan Khas Sekolah Rendah, tema yang dipilih adalah bab di dalam buku teks Buku Teks Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral Kementerian Pendidikan Malaysia.


GARIS MASA PERTANDINGAN

TERMA, SYARAT DAN KELAYAKAN PERTANDINGAN


1. Terbuka kepada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu pasukan dan tidak melebihi 3 (tiga) pasukan untuk penyertaan.

3. Setiap sekolah diwakili oleh kumpulan yang dianggotai oleh 2 (dua) orang murid dan seorang guru pembimbing.

4. Setiap ahli kumpulan perlu diberi peranan tertentu (cth: Penerbit, Pengarah, Jurutera Audio, Penyunting Video, Penata Muzik Latar, Suara Latar Watak, dsb). Pihak penganjur berhak menolak penyertaan mana-mana kumpulan yang melebihi jumlah anggota yang dinyatakan.

5. Kategori yang dipertandingkan adalah:

a) Kategori Sekolah Menengah Atas

b) Kategori Sekolah Menengah Rendah

c) Kategori Sekolah Rendah (Tahap 2)

d) Kategori Pendidikan Khas (Sekolah Menengah)

e) Kategori Pendidikan Khas (Sekolah Rendah)

6. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.

7. Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.

8. Pihak urusetia berhak membuat perubahan peraturan dan masa pertandingan.

9. Bahan Video kreatif yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.

10. Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.

11. Penggunaan runut bunyi, muzik, animasi, gambar, logo dan lain-lain media hak cipta serta tanda perniagaan tanpa kebenaran adalah dilarang.

12. Hakcipta video kreatif adalah hak milik peserta dan membenarkan kebenarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan produksi tersebut seperti menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedarkan, menyunting semula dan menayangkan semua hasil karya yang dihantar di laman sesawang, pameran, mana-mana platform media atau media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan promosi dan sebagainya..

13. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

SPESIFIKASI VIDEO

  1. Durasi masa video yang dihasilkan di antara 3 hingga 5 minit termasuk kredit.

  2. Format yang dibenarkan adalah MOV, MPEG4, MP4, AVI atau MPEG-PS.

  3. Resolusi minimum 720p dan ke atas manakala aspect ratio video adalah 16:9 sahaja.

  4. Peserta dibenarkan menghasilkan video kreatif dalam Bahasa Melayu sahaja.

  5. Bahan video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan audio yang baik baik serta jelas.


PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN VIDEO

  1. Semua penyertaan video perlu dimuat naik ke pautan Google Drive milik individu salah seorang ahli kumpulan. DAN pautan / link video tersebut perlu dimasukkan di dalam borang penyertaan yang telah disediakan.

  2. Kaedah memuat naik video perlu menggunakan ID DELIMa KPM milik individu salah seorang ahli kumpulan.

  3. Pada ruangan diskripsi video anda diletakkan tajuk video, sinopsis ringkas, nama penuh ahli pasukan (2 murid, 1 guru), nama sekolah, negeri diwakili dan hashtag mengikut kategori berikut :

  • Sekolah Menengah Atas (SMA) : #sejarahSMA2022 #MYsejarah

  • Sekolah Menengah Rendah (SMR) : #sejarahSMR2022 #MYsejarah

  • Sekolah Rendah Tahap Dua (SRTD) : #sejarahSRTD2022 #MYsejarah

  • Pendidikan Khas Sekolah Menengah (PKSM) : #PIMPKSM2022 #MYpim

  • Pendidikan Khas Sekolah Rendah (PKSR) : #PIMPKSR2022 #MYpim

  1. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat dan tanda pagar # yang tidak lengkap atau salah pada ruangan diskripsi tercicir daripada sesi penilaian.

  2. Video kreatif & interaktif yang dimuat naik pada Google Drive milik individu salah seorang ahli kumpulan dan perlu ditetapkan dalam aturan public sahaja.

  3. Selepas muat naik video dalam google drive, peserta perlu mengisi 2 borang penyertaan iaitu:

  1. Hasilkan video kreatif dengan mesej yang sesuai dan jelas selari dengan tema dan tajuk yang telah ditetapkan serta mengikut kreativiti anda.