KATEGORI MEMBINA MODUL PENCEGAHAN

DOKUMENTASI BERGAMBAR SESI PENJURIAN MODUL PENCEGAHAN (INNOPEN)

PADA 24 JUN 2022 (JUMAAT). PUKUL 9 PAGI - 12.00 TGHARI

PENYERTAAN MODUL INNOPEN: 12

KEPUTUSAN ANUGERAH PENCAPAIAN:

GOLD: 3, SILVER: 4, BRONZE: 1

TEMA:

MENJANA DAYA TAHAN DALAM MELESTARIKAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI (GENERATING RESILIENCY IN SUSTAINING COMMUNITY WELLNESS)

-subthemes will be based on the enhancement of protective factors from the extrinsic and intrinsic perspectives-

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

  • Penyertaan terbuka kepada semua yang berminat.

  • Penyertaan adalah percuma dan E-Sijil disediakan untuk setiap penyertaan.

  • Penyertaan adalah secara BERKUMPULAN tidak melebihi 3 orang.

  • Hanya satu hasil bahan modul dibenarkan untuk setiap penyertaan.

  • Bentuk produk inovasi adalah berdasarkan tiga kategori iaitu Bahan Cetak (buku, modul, jurnal dll), Sistem Maklumat (aplikasi sistem, ICT dll) dan Teknikal/ Kaedah/ Alat/ Terapi. Mesti merupakan inovasi dari aspek dan dimensi pencegahan ‘tool’, terapi, instrumen pencegahan dan lain-lain yang dibina sendiri, perisian sistem maklumat pencegahan, buku, modul, risalah dan sebagainya yang diputuskan dan dipersetujui oleh panel pertandingan.

  • Setiap inovasi hendaklah disertakan dengan poster maklumat (minimum) satu (1) poster berukuran AO (60cm x 82cm) secara menegak (potrait) yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:-

-Nama organisasi/ agensi/ jabatan/ institusi/ sekolah beserta jata Negara dan logo.

-Tajuk Modul Pencegahan (gunakan font yang bersaiz besar dan jelas).

-Abstrak/ sinopsis inovasi (ringkas dan padat).

-Pengenalan/ penerangan inovasi (seperti objektif, proses inovasi, kajian (jika ada), isi kandungan, sejarah, tatacara penggunaan, kumpulan sasaran, penyeragaman, hasil dapatan dan lain-lain).

  • Setiap inovasi perlu menghantar video pembentangan (TIDAK LEBIH 5 MINIT) berserta bahan pembentangan (Power Point atau lain2) dan muat turun dalam pautan Google Form Membina Modul Pencegahan.

  • Semua bahan “INOPEN” MODUL PENCEGAHAN pilihan panel penilai akan menjadi milik penganjur. Walau bagaimanapun, produk inovasi adalah milik/ hak peserta. Pihak urusetia pertandingan inovasi dan penganjur seminar tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan bahan-bahan inovasi.

  • Semua hasil karya yang dipertandingkan adalah menjadi hak milik pihak penganjur. Para peserta tidak dibenarkan untuk membuat sebarang tuntutan berkaitan hasil inovasi yang dipertandingkan daripada pihak penganjur.

  • Peserta perlu muatnaik/ upload hasil / bahan Modul Pencegahan di pautan Google Form https://tinyurl.com/MODULPREVENT22 dan jika gagal muat turun boleh menghubungi Pegawai in Charge (PIC) pertandingan ini.

  • Pastikan maklumat peserta dilengkapkan di dalam borang Google Form tersebut.

  • Penganjur pertandingan berhak menggunakan hasil bahan Modul Pencegahan yang dihantar dalam pertandingan ini bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media cetak, media sosial dan media elektronik.

  • Peserta perlu bersedia dengan hasil bahan Modul Pencegahan sekiranya pihak penganjur menghubungi untuk pembentangan secara bersemuka (Jika Ada).

  • Semua penyertaan akan dibuat penilaian berdasarkan "ranking" - Gold Award, Silver Award & Bronze Award.

  • Tarikh akhir penghantaran hasil bahan Modul Pencegahan ini adalah pada 22 Jun 2022 (Rabu) pukul 11.59 malam.


PEMARKAHAN

· Keputusan juri adalah muktamad.

· Kriteria Pemarkahan:

BOLEH MENGHUBUNGI PEGAWAI in CHARGE (PIC) SEPERTI BERIKUT:

  • Norazlina Bt Mohamad Dali – 0127530615

  • Norashikin Bt Hj Ismail - 0178410350