Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut :
Majlis di sekolah bersama pelajar
Tarikh : 23 Mei 2024 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan Tan Sri Noh Omar
Penganjur : BKGK, SMK Sg Burong
Peserta : Semua pelajar, guru dan kakitangan SMK Sg Burong
Jamuan Sempena Persaraan Tn Hj Ahmad Azhari dan Hari Guru 2024
Tarikh : 23 Mei 2024 (Khamis)
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Sekin Resort, Sekinchan
Penganjur : BKGK, SMK Sg Burong
Peserta : Sema guru dan kakitangan SMK Sg Burong
Tema : Batik Jawa
Dengan panggilan mesra sebagai Wak Azhari, BKGK mengambil tema batik jawa sempena majlis persaraan ini. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dengan ketibaan Tn Hj Ahmad Azhari bersama-sama isteri dan semua anaknya. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, diikuti dengan ucapan oleh Muhammad Aqil Irfan, ketua pengawas; ucapan En Mohamad Farok Hadumi, Pengerusi BKGK; ucapan oleh Tn Hj Mohd Anuar, Pengetua dan ucapan orang yang diraikan, Tn Hj Azhari.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan pelajar iaitu nyanyian busking, tarian dan nyanyian oleh guru. Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada yang diraikan. Setelah selesai, sesi fotografi bersama semua guru dan pelajar bersama-sama Tn Hj Azhari.
Majlis ini diakhiri dengan lambaian perpisahan oleh pelajar-pelajar sepanjang jalan keluar sekolah.
Majlis jamuan makan di Sekin Resort, Sekinchan
Majlis bermula pada pukul 3.00 petang dengan ucapan Tn Hj Mohd Anuar, Pengetua; diikuti dengan ucapan yang diraikan iaitu Tn Hj Ahmad Azhari. Kemudian, sesi jamuan makan dan diakhiri dengan kuiz tentang persaraan Tn Hj Azhari dan Hari Guru 2024. Hadiah disumbangkan oleh Tn Pengetua.