Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 12 Oktober 2023 (Khamis)
Masa : 8:00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat :
Tingkatan 5 : Dewan Tan Sri Noh Omar, SMK Sg Burong [8.00 - 12.00 tgh.hari]
Tingkatan 1 - 4 : Kelas masing-masing [bermula 10.30 pagi]
Penganjur :
Unit Bimbingan dan Kaunseling,
Unit Kurikulum, dengan kerjasama
PIBG SMK Sg Burong
Peserta : Semua pelajar, ibu bapa dan guru SMK Sg Burong
Surat jemputan (calon SPM 2023)
Surat jemputan (pelajar tingkatan 1 - 4)
Kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik dan kegemilangan sahsiah adalah sangat berkait rapat dengan sokongan, dorongan, tunjuk ajar serta nasihat yang berterusan daripada ibu bapa serta guru-guru yang bertanggungjawab mendidik pelajar ini bagi mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin pelajar ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara rumah dan sekolah maka rumah merupakan tempat yang paling lama pelajar berada dan di situ terdapat peranan ibubapa yang mesti dijalankan selepas guru menjalankan amanah dan tugasnya di sekolah. Sehubungan dengan itu ibu bapa perlu dijelaskan peranan mereka agar paduan antara ibu bapa dan guru dapat menjadikan pelajar insan yang berjaya. Justeru, diharapkan program permuafakatan ibu bapa dan guru-guru SMK Sungai Burong dapat mempertingkatkan disiplin pelajar dan seterusnya menjadikan sekolah sebagai institusi yang berkesan untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari aspek sahsiah dan akademik.
Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka.
Mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru di sekolah
Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran.
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang pentingnya pelajaran kepada anak-anak melalui bengkel keibubapaan dan program ceramah motivasi.
Berkongsi idea dan pandangan bagi menjalinkan kerjasama erat antara ibu bapa/penjaga dengan guru-guru.
Meningkatkan prestasi pencapaian SPM mengikut KPI yang telah ditetapkan.
7.30 pagi - Bacaan Yasin
8.00 pagi - Pendaftaran dan ibu bapa mengambil tempat di dewan
8.15 pagi - Sarapan pagi
9.00 pagi - Kata alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa oleh : Ustaz Mohd Azrul bin Mahbud
9.10 pagi - Ucapan PK Pentadbiran : Tn Hj Adnan bin Ibrahim
- Ucapan YDP PIBG : En Zainal 'Abidin bin Md Zain
9.15 pagi - Slot Motivasi ibu bapa oleh Ustaz Hj Ahmadi
10.45 pagi - Bacaan Ikrar Aku Janji Calon SPM 2023
- Bacaan Ikrar Ibu bapa
11.00 pagi - Penetapan Target SPM dan Dialog Prestasi
Maka dengan ini, saya
CALON SPM 2023
SMK Sg. Burong
dengan ini berjanji
akan berusaha bersungguh- sungguh
untuk mencapai keputusan cemerlang
dalam peperiksaan SPM 2023.
Untuk itu
saya akan belajar bersungguh – sungguh
dengan penuh dedikasi
bagi meningkatkan prestasi
akademik saya
sehingga mencapai
keputusan yang saya janjikan.
Bahawasanya kami,
Ibu bapa calon SPM SMK Sungai Burong,
Dengan ini berjanji dan berikrar,
Akan memberi sepenuh kerjasama,
Serta berusaha secara bersungguh-sungguh,
Untuk membantu anak-anak kami,
Demi mencapai wawasan dan matlamat mereka,
Kami juga akan turut berganding bahu,
Bersama guru-guru dalam meningkatkan prestasi akademik anak-anak dan prestasi SPM sekolah ini,
Kami berjanji akan sentiasa mendorong, menyokong dan membimbing anak-anak kami,
Agar terus berusaha,
Tanpa mengenal penat lelah,
Demi memastikan kejayaan mereka,
Kami juga berazam,
Akan sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak kami,
Untuk memperoleh gred yang cemerlang
Dalam setiap mata pelajaran,
Seterusnya menjadikan diri kami,
Sebagai ibu bapa yang terbaik kepada anak-anak,
Di dunia dan akhirat
Pelajar tingkatan 5 telah berkumpul di Surau Nurul Iman sementara mengunggu ketibaan ibu bapa masing-masing. Majlis bacaan Yasin dan solat hajat dipimpin oleh Ustaz Mohd Azrul.
Setelah selasai program di surau, semua pelajar dan ibu bapa bergerak ke Dewan Tan Sri Noh Omar dan berehat sebentar sebelum acara seterusnya dijalankan.
Pada jam 9.15 pagi, acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, Tn Hj Kassim. Seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Azrul, diikuti dengan ucapan Tn Hj Adnan (PK Pentadbiran) dan En Zainal 'Abidin (YDP PIBG).
Slot motovasi diteruskan oleh penceramah jemputan, Ustaz Hj Ahmadi. Beliau banyak menyentuh tentang tanggungjawab ibu bapa dalam menyumbang kepada kejayaan anak-anak, serta tanggungjawab anak-anak untuk menjadi manusia yang berjaya dalam kehidupan. Penyerahan cenderahati kepada penceramah disempurnakan oleh YM Raja Aznoor, mewakili pihak sekolah.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar aku janji oleh calon-calon SPM 2023 yang dipimpin oleh saudara Mohd Iqbal (Ketua Pengawas) dan diikuti oleh bacaan ikrar ibu bapa yang dipimpin oleh En Mohd Azhar (bapa kepada Najwa Qistina, 5A).
Setelah selesai, majlis diteruskan dengan acara dialog prestasi yang dikendalikan oleh guru kelas masing-masing di bahagian belakang dewan.
Pelajar-pelajar tingkatan 1-4 yang berada di kelas masing-masing mula menerima kehadiran ibu bapa masing-masing pada pukul 10.30 pagi. Setelah selesai, pelajar-pelajar dibenarkan pulang bersama ibu bapa masing-masing.