Kembali ke
25 - 27 Oktober 2024 | Kem Lubok Manggis, Hulu Langat
Gegantung program (6 x 4)
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25 - 27 Oktober 2024 (Jumaat - Ahad)
Masa : Sepenuh masa
Tempat : Kem Lubok Manggis, Hulu Langat, Selangor
Penganjur : Unit Kokurikulum SMK Sg Burong
Peserta : Murid tingkatan 1 - 4 (yang terlibat), semua guru dan kakitangan SMK Sg Burong
Perkhemahan tahunan Unit Kokurikulum ini merupakan satu aktiviti yang dijalankan setiap tahun oleh Unit Kokurikulum setiap sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar perlu diberi bimbingan dan motivasi dari segi mental dan fizikal agar mereka dapat memimpin organisasi dengan baik dan berkesan. Oleh yang demikian, pengalaman dan pengetahuan yang ditimba dalam kem ini bakal diaplikasikan oleh mereka dalam menjalani aktiviti-aktiviti ketika di bangku sekolah dan juga ketika mereka berhadapan dengan dunia luar.
Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Ianya juga mampu membina ketahanan mental, fizikal, keyakinan dan jati diri serta membentuk keterampilan diri pelajar agar selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Matlamat kem ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan aktiviti kecergasan dan lasak bagi menguatkan jati diri dan fizikal seseorang pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sikap kerjasama dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasikan ketika menganggotai sesebuah organisasi dan juga ketika menempuh cabaran mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
Memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman semasa menjalani program perkhemahan
Meningkatkan daya kepimpinan dan disiplin para peserta
Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi.
Tarikh lawatan : 25, 26 & 27 Oktober 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Tempat: Kem Lubuk Manggis, Hulu Langat Selangor
Bilangan Peserta: 80 Orang
Bilangan Guru: 10 orang
Negeri Yang Dilawati: Selangor
Murid Tingkatan 1 hingga 5 SMK Sungai Burong
Penasihat : Tn Hj Mohd Anuar bin Mat Selleh (Pengetua)
Pengerusi : En. Tarmimi bin Jain (PK Kokurikulum)
Timb. Pengerusi : Tn. Hj Adnan bin Ibrahim (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn Hasmaliza binti Husain (PK HEM)
Penyelaras Kem : En Mohd Farok Hadumi bin Mario
Penyelaras Aktiviti : Pn Sharifah Faraha Abd Rahman
Setiausaha : Pn Noor Hafidza binti Sajuni
Pen. Setiausaha : Pn Noor Atiqah bt Habir
Bendahari : Pn Norlela binti Anuar
AHLI JAWATANKUASA
Pemantau kem :
En Hilan Kamarotjaman bin Hashim
Pn Norashikin binti Mat Sharif
Pn Noor Azizah binti Sabali
Pn Junarisa binti Juyahir
Urusetia Kem :
En Abdul Halim bin Tamam
En Abdul Fattah bin Mohd Zalani
Cik Rohanita binti Moh
Kecemasan & keselamatan :
En Mohd Sukri bin Mohd Yusoff
Pn Robeaah binti Mohd Salleh
Pn Subashini a/p Sivasangaran
Penginapan :
En Farouk Hadumi bin Mario
Pn Siti Faezahnor binti Md Isa
Kerohanian :
En Mohd Azrul bin Mahbud
Pn Nurul Huda binti Kartinin
Pn Nurul Ziyan binti Mohd Zin
Makanan dan Minuman :
Pn Norriza binti Yahaya
Pn Siti Salwani binti Bakri
Pn Siti Misnah binti Ismail
Pn Noormaryanti binti Yahya
Aktiviti & LDK :
Pn Sharifah Faraha binti Abd Rahman
Pn Noor Hafidza binti Sajuni
Pn Noor Atiqah binti Habir
Pn Noor Afeedah binti Khalid
Peralatan :
En Mohd Kazlam Sah bin Yahya
En Rusli bin Mohd Yusof
En Kasan Misbah bin Yusof
Jurugambar dan laporan :
Pn Aida Aisyah binti Israil
Pn Siti Harain binti Md Sisut
Sijil dan Cenderamata :
Pn Fauziah Hanim binti Abdul Ghafar
Pn Noorazliah binti Mohd Ali
Riadah :
Pn Nur Zarina binti Mohamad
Pn Nur Ain Nabila binti Ahmad Nazri
Pengangkutan : En Mohd Nasruddin bin Roslan
Siar Raya : En Hasnawi bin Sariman
Buku program : En Hasnulfikri bin Mahbot
Pengacara majlis penutup : En Mohd Farok Hadumi bin Mario
Buku program
-jika ada-