Perkhemahan Kokurikulum Tahunan SMKSB Tahun 2023

LATAR BELAKANG PROGRAM

Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:

PENGENALAN

Perkhemahan tahunan Unit Kokurikulum ini merupakan satu aktiviti yang dijalankan setiap tahun oleh Unit Kokurikulum setiap sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar perlu diberi bimbingan dan motivasi dari segi mental dan fizikal agar mereka dapat memimpin organisasi dengan baik dan berkesan. Oleh yang demikian, pengalaman dan pengetahuan yang ditimba dalam kem ini bakal diaplikasikan oleh mereka dalam menjalani aktiviti-aktiviti ketika di bangku sekolah dan juga ketika mereka berhadapan dengan dunia luar.

MATLAMAT

Matlamat kem ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan aktiviti kecergasan dan lasak bagi menguatkan jati diri dan fizikal seseorang pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sikap kerjasama dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasikan ketika menganggotai sesebuah organisasi dan juga ketika menempuh cabaran mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

OBJEKTIF

SASARAN

Murid Tingkatan 1 – tingkatan 5 SMK Sungai Burong

BILANGAN PESERTA

Seramai 85 orang murid telah mengikuti perkhemahan ini dengan kebenaran ibu bapa / penjaga.

AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM

Cadangan aktiviti sepanjang perkhemahan.

PESERTA

Pelajar : 41 lelaki + 44 perempuan = 85 orang

Guru : Hampir semua guru hadir ke tapak perkhemahan dan bertugas  mengikut jadual yang telah ditetapkan.


AKTIVITI 

Hampir kesemua aktiviti di pusat perkhemahan ini dikendalikan oleh fasilitator/jurulatih yang sangat terlatih yang terdiri daripada mahasiswa UPSI. 

Night walk : Peserta berjalan pada waktu malam mengikut trek yang telah ditetapkan. Aktiviti ini bermula pada pukul 11.00 malam (Jumaat) dan tamat pada pukul 2.00 pagi (Sabtu). Peserta diiringi oleh En Tarmimi dan En Hakimie.

Abseiling : Aktiviti menuruni bangunan setinggi empat tingkat menggunakan tali. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama melakukan aktiviti abseiling dan kumpulan kedua melakukan aktiviti air (water confidence dan water tubing). Semua peserta berjaya mengharungi cabaran ketinggian ini dengan jayanya.

Water confidence dan Water tubing : Aktiviti ini melatih peserta untuk lebih yakin untuk melakukan aktiviti di dalam air. Jurulatih memberikan taklimat keselamatan sebelum aktiviti dimulakan. Semua peserta berjaya mengharungi cabaran air ini. Walaubagaimanapun, peralatan tidak mencukupi (jaket keselamatan, topi keselamatan, tiub pelampung). Maka, peserta terpaksa menunggu giliran dan memakan masa.

Flying foz/  Zip line : Aktiviti ini dibuka secara terhad kepada peserta yang membuat bayaran tambahan. Untuk peserta yang beratnya kurang daripada 50 kg, mereka dilepaskan secara berpasangan (berdua) supaya dapat menuruni kabel dengan lancar.

Malam bakat dan kebudayaan : Peserta telah dibahagikan kepada 8 kumpulan semasa sesi 'ice breaking' (Jumaat). Nama kumpulan dengan tema burung telah diberikan oleh fasilitator. Mereka diberi tugasan untuk mencipta sorakan/'cheers' kumpulan masing-masing. Seterusnya, mereka diminta untuk membuat persembahan dalam pelabagai bentuk yang sesuai bertemakan 'Persahabatan' pada malam terakhir.

Ikhtiar hidup/Survival : Peserta diajar cara-cara untuk menghidupkan unggun api untuk memasak masakan rimba.

KERTAS KERJA/ SURAT MENYURAT

SEBAHAGIAN GAMBAR SEKITAR PROGRAM

Taklimat awal peserta perkhemahan.

Pemeriksaan khemah sedia ada sebelum perkhemahan.

Peserta memasang khemah dan membuat persiapan.

Solat hajat dan bacaan yasin

Water confidence & water tubing

Abseiling

Aktiviti ikhtiar hidup/survival dan masakan rimba.

Perasmian penutup Perkhemahan Kokurikulum Tahunan 2023

Semua peserta bergambar beramai-ramai bersama para fasilitator dan guru-guru yang terlibat sepanjang perkhemahan dalam majlis penutup.

Masa untuk pulang.

FOLDER GOOGLE DRIVE GAMBAR/VIDEO PROGRAM