Selamat datang ke laman web Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia.
Laman ini dibangunkan untuk membincangkan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia serta perkaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Sinopsis Kursus :
Kursus ini berfokus kepada Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka, Sistem Pendidikan Selepas Merdeka dan Sistem Pendidikan Masa Kini.
Hasil Pembelajaran Kursus :
Memperincikan hubungan antara perkembangan pendidikan di Malaysia dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) secara kolaboratif.
Dalam topik ini, terdapat 3 subtopik di dalam Projek Pembelajaran Digital ini berdasarkan hasil pembelajaran kursus (HPK) dan kandungan kursus EDUP 3093-Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia.
Sebagai pelajar, anda dikehendaki melakukan aktiviti mengikut susunan kandungan subtopik:
Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka Sistem Pendidikan Selepas Merdeka Sistem Pendidikan Masa Kini
Lakukan tugasan yang diberi di penghujung setiap subtopik. Sekiranya anda tidak faham atau mengalami kesulitan anda boleh berbincang dengan rakan-rakan dan pensyarah anda.