Tarian zapin bermaksud pergerakan kaki yang cepat dan sejenis tarian masyarakat Melayu tradisional yang dikenali sejak berkurun lamanya. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab. Tarian zapin telah tersebar di kalangan penggemar seni tari di Nusantara. Pada awalnya, tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki sahaja tetapi pada masa kini kaum wanita juga turut serta bagi menjadi pemanis dalam tarian tersebut.
ALAT MUZIK TARIAN ZAPIN
Terdapat empat alat muzik wajib bagi Tarian Zapin iaitu gambus, bedok, maruas dan akordion. Alatan muzik yang lain pada masa kini turut digunakan bagi menambah nilai komersial lagu zapin itu sendiri. Pada asalnya, lagu yang dijadikan sebagai iringan tarian zapin berunsurkan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan ke arah keagaman. Tetapi pada masa kini, setelah menerima adaptasi dan penyesuaian, lagu iringan turut menceritakan mengenai pasang bercinta, kehidupan masyarakat Melayu dan sebagainya.
Maruas
Bedok
Gambus
Akordian
JENIS TARIAN ZAPIN
Terdapat 16 Tarian Zapin di Johor
Klik pada gambar untuk maklumat lebih lanjut
Sumber: zapinmelayujohor.blogspot.com