ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN BADAN UNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM
TAHUN 3
27 APRIL 2022 (RABU)
Pad minggu ini, kita akan membincangkan tentang tajuk
'Jiran Sepakat Membawa Berkat'.
Pada pendapat kamu, mengapakah kesepakatan sesama jiran itu penting? Jiran-jiran adalah orang yang hidup berhampiran dengan kita. Kesepakatan sesama jiran termasuklah mengambil berat akan jiran-jiran kita dengan cara bertanya khabar dan membantu mereka ketika mereka memerlukan bantuan. Selain itu, kita juga harus memastikan komunikasi baik sesama jiran terpelihara agar silaturrahim yang terjalin kekal terpelihara dan diredhai Allah SWT. Apakah yang dapat kamu perhatikan dalam gambar-gambar di bawah?
Jiran yang sepakat akan membawa kepada kehidupan yang aman dan harmoni. Oleh itu, hormati dan sayangilah jiran kita dan peliharalah hubungan yang baik dengan mereka.
AKTIVITI
Jangan lupa isikan kehadiran untuk aktiviti pada hari ini, jumpa lagi!