Kaedah
Menurut guru yang saya hubungi, kaedah yang digunakan ini merupakan kaedah pentaksiran secara bertulis. Pentaksiran secara bertulis ini berfungsi dalam mengesan perkembangan intelek dan kemahiran murid (Mahaya et al., 2024). Guru tersebut menyediakan satu lembaran kerja yang memerlukan murid-murid untuk memadankan objek dengan nombor yang disediakan dengan membulatkannya. Pada PdP seterusnya, guru akan memeriksa setiap lembaran kerja dan tahap pencapaian seperti cop pencapaian.
Aktiviti
Aktiviti yang dilaksanakan bagi menjayakan instrumen ini adalah dalam aktiviti latihan bertulis. Lembaran kerja ini akan diedarkan kepada murid-murid selepas sesi PdP dilaksanakan. Hal ini dikatakan demikian kerana, murid-murid dapat mengukuhkan ilmu atau pengetahuan berdasarkan lembaran kerja yang diedarkan. Bagi murid-murid yang mempunyai masalah, seperti tidak dapat memahami kehendak soalan, dorongan dan sokongan daripada ibubapa amat diperlukan untuk membantu mereka semasa di rumah.
Tajuk
Tajuk yang ditekankan dalam instrumen ini adalah "1.0 Nombor Bulat Hingga 100".
Standard Pembelajaran
Standard pembelajaran bagi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Instrumen Lembaran Kerja ialah:
1.2.2 Menentukan nilai nombor hingga 100:
(i) Menunjukkan kuantiti bagi nombor yang diberi.
(ii) Memadankan kumpulan objek dengan nombor.
(iii) Membandingkan nilai dua nombor.
(iv) Menyusun kumpulan objek mengikut tertib menaik dan tertib menurun.
Standard Prestasi
Standard prestasi yang difokuskan ialah Tahap Penguasaan 1 (TP1), iaitu "Menyatakan sebarang nombor hingga 100".
1.0 Nombor Bulat Hingga 100
Menyatakan sebarang nombor hingga 100 (TP1)
Instrumen pentaksiran berbentuk lembaran kerja adalah satu kaedah yang berperanan besar dalam mentafsir murid dalam pelbagai aspek pembelajaran. Keupayaan insrtumen ini terletak pada pelbagai elemen. Keupayaan yang dapat diketengahkan ialah instrumen ini berperanan dalam menilai pemahaman murid. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui lembaran kerja, guru dapat membantu menilai tahap pemahaman dan penguasaan sesuatu konsep atau topik yang diajar oleh guru. Melalui pemberian soalan atau aktiviti tertentu , guru dapat melihat sejauh mana murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka. Selain itu, instrumen lembaran kerja ini giat dalam memberikan maklum balas yang segara. Prestasi murid melalui lembaran kerja ini dapat memberikan pandangan yang luas terhadap guru untuk memberikan maklum balas mereka terhadap prestasi murid. Dengan secara langsung, guru dapat memberikan peluang kepada murid untuk memperbaiki kesilapan dan memperkukuhkan pemahaman mereka. Seterusnya, instrumen ini juga menggalakkan pembelajaran kendiri murid. Hal ini demikian kerana, perangkaan yang baik terhadap lembaran kerja akan merangsang pembelajaran kendiri murid. Aktiviti yang diberikan kepada murid akan menggalakkan murid untuk mencari maklumat tambahan atau menajalankan proses mereka di rumah bersama ibubapa bagi melanjutkan proses seterusnya. Inisiatif ini dapat menggalakkan murid agar memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam.
Walaubagaimanapun, instrumen pentaksiran berbentuk lembaran kerja yang mempunyai pelbagai kelebihan yang signifikan ini juga terdapat bebrapa kekurangan yang perlu diambil perhatian. Kecendenrungan kepada jawapan "Copy and Paste" merupakan trend yang amat popular dalam kalangan murid. Permasalahan ini cenderung untuk mendorong murid agar menyalin jawapan daripada rakan-rakannya atau sumber lain tanpa benar-benar memahami topik atau konsep yang diajar. Di samping itu, terdapat kesukaran dalam menilai aspek afektif dan kreatif. Lembaran kerja yang diedarkan ini kurang sesuai untuk menilai aspek afektif murid, sebagai tamsilan sikap, nilai, dan kebolehan kreatif murid. Akhir sekali, instrumen lembaran kerja ini hanya bergantung terhadap prestasi semasa sahaja. Jika dilihat dari skop lain, lembaran kerja ini hanya menilai keupayaan murid pada masa itu sahaja tanpa mengambil kira perkembangan dalam jangka masa panjang murid-murid. Perkara ini mungkin menyukarkan guru untuk mengukur keupayaan murid mereka terhadap sesuatu topik yang diajar dalam jangka masa panjang.
Beberapa usaha boleh dilakukan untuk meningkatkan keberkesanan instrumen penilaian berasaskan lembaran kerja. Pertama sekali, guru mungkin mencipta soalan yang merangsang pemikiran kritis dan reflektif untuk mengurangkan kecenderungan pelajar untuk meniru jawapan daripada sumber lain tanpa benar-benar memahami. Selain itu, adalah penting untuk memasukkan bahagian emosi dan kreatif ke dalam lembaran kerja, seperti membenarkan pelajar mengekspresikan diri mereka dan menyediakan tugas kreatif seperti projek atau pembentangan. Di samping itu, menggabungkan pelbagai aktiviti seperti inkuiri lisan, projek kumpulan, dan refleksi peribadi akan menghasilkan penilaian pembelajaran yang lebih komprehensif. Seterusnya, aspek penilaian berterusan perlu diperkenalkan untuk memantau perkembangan jangka panjang murid. Akhir sekali, adalah penting untuk memanfaatkan banyak kecerdasan dengan menyediakan pelbagai tugas yang melibatkan kecerdasan verbal, visual-spatial, kinestetik, interpersonal dan kecerdasan lain. Dengan melengkapkan cadangan penambahbaikan ini, instrumen penilaian berasaskan lembaran kerja boleh menjadi lebih komprehensif, inklusif dan berkesan dalam menilai pembelajaran pelajar.