VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MOTO
Kita Cemerlang Sekolah Gemilang
USAHA JAYA COGAN SEKOLAH KAMI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DI TEMERLOH NEGERI PAHANG
NEGERI YANG BERSEJARAH
KAMI PELAJAR SEKOLAH INI
BERIKRAR DAN BERJANJI SETIAP MASA
BERBAKTI DAN BERJASA
UNTUK NEGARA KAMI
*CHORUS
AYUH KAWAN-KAWANKU
SEGERA KITA MAJU
MEMENTINGKAN PELAJARAN
SUKAN TAK KETINGGALAN
KAMI PELAJAR SEKOLAH INI
TAAT PADA PENDIDIKAN KAMI
BERPEGANG TEGUH SELALU
USAHA PASTI JAYA
Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh telah dibuka pada tahun 1965 di atas tanah seluas 22 ekar dengan gelaran Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Temerloh. Sekolah ini telah dirasmikan pada 10.10.1967 oleh En. Khir Johari, Menteri Pelajaran. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Ahmad Sujak.
Pada peringkat awal penubuhannya, SMKT hanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh. Dalam tahun 1966, SMKT mempunyai bangunannya sendiri iaitu dua buah asrama (lelaki dan perempuan), dua buah bangunan yang mengandungi 12 bilik darjah, dua makmal sains, pejabat dan kantin.
Pada tahun 1967 beberapa bangunan tambahan telah dibina iaitu satu bangunan bilik Seni Perusahaan dan bilik Sains Rumahtangga, dua buah rumah guru dan pagar sekeliling sekolah.Daripada tahun 1968 hingga akhir tahun 1971 tiada tambahan bagi sekolah, hanya pada tahun 1972 bangunan baru telah didirikan oleh kerajaan mengandungi tiga buah bilik darjah untuk sains tulin. Pada bulan September 1974, bangunan dua tingkat dibina untuk menambahkan bangunan sekolah, diikuti pada tahun 1991, sebuah lagi bangunan tiga tingkat telah dibina menjadikan sepuluh buah bangunan.
Pada awal pembukaannya, hanya terdapat dua buah bilik darjah dengan 56 orang pelajar. Pada tahun 1972, sekolah ini telah berkembang menjadi sekolah menengah atas dan kumpulan pertama yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia ialah pada tahun 1972. Pada tahun 1977 pula, kelas Tingkatan Enam telah dibuka. Bilik darjah dan makmal juga bertambah. Golongan pertama yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 1978 iaitu seramai 27 orang.
Pada tahu 1984, kelas-kelas tingkatan enam atas diperluaskan ke aliran sains. Pada tahun yang sama juga kelas peralihan dibuka. Sekarang SMKT telah menjadi salah sebuah sekolah yang terbesar di daerah Temerloh dan Pahang yang mempunyai aliran sains.
Sesuai dengan perkembangannya, sekolah ini mempunyai motonya yang tersendiri iaitu “USAHA JAYA”. Selain itu, lencana sekolah juga telah dicipta oleh seorang guru iaitu pada tahun 1966. Lagu sekolah iaitu USAHA JAYA pula telah dicipta oleh Khalili Ahmad dengan tujuan untuk menaikkan lagi semangat pelajar untuk terus berusaha samada dalam bidang akademik dan ko kurikulum
Lencana ini mengandungi dua warna iaitu biru dan oren disertai dengan lambang-lambang.
1. Usaha Jaya ialah cogan sekolah bererti setiap USAHA yang gigih akan menerima ganjaran JAYA.
2. Mikroskop melambangkan pengutamaan pelajaran sains , teknik dan matematik di samping pelajaranpelajaran lain.
3. Daun lontar melambangkan penghormatan abadi terhadap keagungan bahasadan kebudayaan Malaysia.
4. Seekor harimau di bahagian atas lencana melambangkan kecergasan, kepantasan, bertenaga, berani dan sentiasa bersedia dengan semangat tekun dan berani menjadi perhatian pelajar-pelajar bagi mencapai kejayaan di bidang pelajaran.
5. Kegiatan kokurikulum dilambangkan oleh seorang pelari. SMKT sentiasa mengutamakan sukan untuk pembinaan otak yang cerdas.
6. Warna biru dan oren ialah warna sekolah di mana bendera sekolah akan berkibar dengan megahnya dalam apa jua upacara, sukan tahunan atau hari perayaan.
7. Daripada kemajuan dan kegiatan seorang pelajar akan lahirlah generasi muda yang berilmu dengan membawa kejayaan untuk faedah diri mereka sendiri,