KOKURIKULUM SESI 2025/2026
KOKURIKULUM SESI 2024/2025
KOKURIKULUM SESI 2023/2024
Mei 2023- Semua unit kokurikulum telah digerakkan untuk melengkapkan papan kenyataan kokurikulum supaya lengkap, bermaklumat dan terkini. Terima kasih kepada semua guru penasihat dan murid yang terlibat
Bengkel e-Koko 2023 telah diadakan pada 11 Mei 2023 bertujuan untuk memastikan guru-guru mahir dalam penggunaan aplikasi dan menerima perubahan baharu daripada sistem fail fizikal kepada sistem fail pelaporan kokurikulum secara atas talian melalui penggunaan aplikasi google classroom. Terima kasih kepada Pn Azidah kerana telah bertindak sebagai fasilitator dalam bengkrl ini.
Mesyuarat Kokurikulum Kali ke-2 2023 telah berlangsung pada 10 Mei 2023 di bilik Wacana Minda.
17 Mei 2023 - Perhimpunan Kokurikulum 1/2023 oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah dilaksanakan menggunakan medium sistem interkom sekolah kerana larangan aktiviti luar disebabkan oleh cuaca panas melampau.
19 Mei 2023- Program Sambutan RIMUP Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung dengan meriah. Aktiviti jamuan dilakukan di dalam kelas masing-masing. Para guru dan pentadbir tidak melepaskan peluang untuk aktiviti kunjung-mengunjung menghadiri jamuan untuk menikmati juadah yang disediakan.
24 Mei 2023- Lawatan BBMWP ke sekolah untuk menerangkan manfaat penyertaan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak BBM. Lawatan ke PPKI juga telah dilakukan untuk melihat hasil produk oleh murid PPKI.
20 Nov 2023- Perhimpunan kokurikulum oleh Kadet Bomba dan PBSM. Majlis Penyerahan Pingat dan Sijil kepada murid yang berjaya memperolehi pencapaian di pelbagai peringkat juga telah dilaksanakan pada majlis perhimpunan koko. Penyerahan pingat dan sijil telah disempurnakan oleh PK Kokurikulum sendiri.