Pengumuman Keputusan SPM 2021

LATAR BELAKANG PROGRAM

Pentadbir sekolah bersama pelajar-pelajar terbaik SPM 2021. Tahniah semua!

Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 16 Jun 2022 (Khamis)

  • Masa : Bermula 10:00 pagi

  • Tempat : Dewan TSNO, Dataran Terbuka, SMK Sg Burong

ULASAN PROGRAM

  • Pengumuman rasmi keputusan SPM dibuat bermula jam 10:00 pagi.

  • Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) menganjurkan pameran kerjaya dengan penglibatan 3 buah institut pengajian tinggi awam dan swasta untuk memberi taklimat dan pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan calon-calon SPM 2021 yang akan mengambil keputusan SPM.

  • Setelah selesai taklimat kerjaya di Dewan TSNO, calon-calon SPM 2021 bergerak ke Dataran Terbuka untuk mengambil keputusan SPM 2021 masing-masing daripada guru-guru kelas. Sebelum itu, mereka perlu menyemak sama ada masih mempunyai hutang tertunggak untuk diselesaikan sebelum mengambil sijil-sijil lain yang berkaitan.

  • Keputusan terbaik individu : Muhammad Farhan bin Misron (5A) - 2[A+] 2[A] 1[A-] 2[B+] 2[B]

  • Pencapaian pelajar : 3 orang memperoleh 5A dan 5 orang memperoleh 4A.

  • Keputusan Gred Purata Sekolah (GPS) 2021 : 6.15 [6.03 - 2020] - beza penurunan -0.12

  • Peratus lulus SPM 2021 : 86.96% (80 orang) [85.47% (100 orang - 2020] -

Senarai pelajar terbaik SPM 2021 (berdasarkan bilangan A terbanyak) :

  1. MUHAMMAD FARHAN BIN MISRON@MISNI (5A & 4B)

  2. NURUL HAZIMAH BINTI HASHIM (5A, 2B, 2C)

  3. MUHAMMAD NABIL FIKRI BIN MOHD. ERDIESHAFRY (5A,--)

  4. SITI NUR FARHANA DANIA BINTI MOHD NAJIB (4A, --)

  5. NURUL HAZNIN NAEMAH BINTI MOHD SANI (4A, --)

  6. IRDINA SYASYA BINTI SAZALI (4A, --)

  7. NURUL FADHILAH BINTI MOHAMAD REDUAN (4A, --)

  8. NURUL IZATI BINTI NURDIN (4A, --)

KEPUTUSAN KESELURUHAN MENGIKUT MATA PELAJARAN SPM 2021

Analisis terperinci di bawah hanya boleh dilihat oleh guru-guru SMKSB sahaja.

SEBAHAGIAN GAMBAR SEKITAR MAJLIS/PROGRAM

Muhammad Farhan memperoleh 5A dan 4B dalam SPM 2021 (pelajar terbaik), Tahniah!!!

Dari kiri : Farhan, Nabil Fikri, Nurul Hazimah, Farhana Dania, Nurul Izati, Haznin Naemah, Irdina Syasya dan Nurul Fadhilah

FOLDER GOOGLE DRIVE GAMBAR/VIDEO PROGRAM