Setelah mendapat Lencana Kemajuan Keris Emas dan TUJUH Lencana Kepandaian iaitu SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran dan DUA Lencana Perkhidmatan, Pengakap Kanak-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri) dengan syarat :
Telah memakai Lencana Keris Emas selama 1 bulan
Berkelakuan baik
Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi
Dicalonkan oleh Pemimpin Kumpulan
Catatan:
Rambu Pengakap Kanak-kanak ini boleh dipakai sehingga Pengakap mendapat Anugerah Rambu Pengakap Muda. Anugerah Rambu dan Sijil dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri.