Baca dan teliti nota berkaitan pantun jenis 4 kerat.
Kemudian, laksanakan aktiviti di bawah.
Pantun empat kerat ialah bentuk pantun yang paling biasa dan popular dalam puisi Melayu tradisional. Ia terdiri daripada empat baris serangkap, dengan dua baris pertama sebagai pembayang, dan dua baris terakhir sebagai maksud.
Terdiri daripada 4 baris serangkap.
Rima akhir berbentuk a-b-a-b.
Dua baris pertama ialah pembayang, dan
dua baris terakhir ialah maksud.
Setiap baris biasanya mempunyai 8–12 suku kata.
Mengandungi mesej nasihat, kasih sayang, adat, sindiran, atau jenaka.
Sebagai alat komunikasi masyarakat dahulu.
Menjadi hiburan dalam majlis atau permainan tradisional.
Menyampaikan nilai moral, budi bahasa dan nasihat.
Menggambarkan keindahan bahasa dan pemikiran masyarakat Melayu.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Maksud: Kebaikan seseorang akan tetap dikenang walaupun sudah tiada.
Klik pautan Worldwall dibawah.
Baca setiap rangkap pantun yang dipaparkan.
Lengkapkan pantun dengan memilih baris yang sesuai untuk melengkapkan maksudnya.
Pastikan padanan anda betul dari segi rima, maksud, dan bilangan suku kata.
Jawab semua soalan hingga tamat.