OBJEKTIF
1. Murid mengaplikasi adab berpakaian semasa beriadah yang menepati syara’.
2. Murid menilai adab pakaian yang menepati syara’.
3. Murid menganalisis kepentingan adab beriadah yang menepati syara’.
4. Murid merumus adab berpakaian yang menepati syara’.
STANDARD PEMBELAJARAN
6.1 Merumus adab berpakaian yang menepati syara’ dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah
6.2 Merumus adab beriadah yang menepati dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah
STANDARD KANDUNGAN
6.1.1 Menyatakan maksud dan hukum menutup aurat
6.1.3 Menjelaskan adab dan ciri-ciri berpakaian yang menepati syara’
6.1.5 Mengaplikasi adab berpakaian yang menepati syara’
6.1.6 Merumus adab berpakaian yang menepati syara’
6.2.4 Mengaplikasi adab beriadah yang menepati syara’
6.2.5 Menganalisis kepentingan adab beriadah yang menepati syara’
STANDARD PRESTASI
SK6.1 Merumuskan adab berpakaian yang menepati syara’ serta mengamalkannya dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah (TP6)
SK6.2 Merumus adab beriadah yang menepati syara’ serta mengamalkannya dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah (TP6)
KRITERIA KEJAYAAN
1. Saya dapat mengenal pasti adab berpakaian yang menepati syara’
2. Saya dapat mereka pakaian semasa beriadah yang menepati syara’
3. Saya dapat menilai adab berpakaian yang menepati syara’.
4. Saya dapat merumus adab pakaian yang menepati syara’.
HASRAT PEMBELAJARAN
1. Saya belajar tentang aurat dan hukumnya.
2. Saya belajar tentang adab berpakaian yang menepati syara’.
3. Saya belajar tentang aplikasi adab berpakaian dalam aktiviti riadah.
SEBELUM KELAS BERMULA (BACKWARD DESIGN)
1. Murid membina kumpulan yang terdiri daripada 4 orang.
2. Murid diberikan tugasan sebagai “fashion designer” yang berperanan dalam mereka pakaian semasa beriadah.
3. Setiap kumpulan diminta membuat pakaian yang menepati syara’ bagi patung kertas diberi.
4. Setiap kumpulan diminta untuk mengambil gambar hasil rekaan dan memuatnaik di Google Classroom sebelum kelas berlangsung.
lelaki
perempuan
INDUKSI
1. Murid menonton gambar atlit yang dipertonton oleh guru semasa Temasya Sukan Olimpik 2020.
2. Apakah ciri pakaian atlit semasa bersukan?
3. Murid memberi respon kepada soalan guru.
AKTIVITI
1. Murid berbincang tentang maksud adab berpakaian dan konteks aurat.
2. Murid membaca dalil naqli hukum menutup aurat dan terjemahannya dengan bimbingan guru.
3. Murid menceritakan adab, ciri dan kepentingan adab berpakaian semasa beriadah/bersukan berdasarkan gambar/keratan akhbar yang dipaparkan pada slaid.
4. Gambar hasil rekaan setiap kumpulan ditayangkan. Rakan lain bertindak sebagai “pengkritik fesyen” kepada hasil rekaan dan memberi komen berdasarkan adab berpakaian yang menepati syara’.
PLENERI
1. Murid diminta merumuskan adab pakaian yang menepati syara’.
2. Murid diminta merumuskan adab berpakaian semasa beriadah yang menepati syara’.