LIVE WORKSHEETS APLIKASI LEMBARAN KERJA INTERAKTIF
Live worksheets membolehkan guru-guru menukar lembaran kerja biasa kepada lembaran kerja interaktif yang boleh disemak secara automatik.
Pelajar boleh menjawab soalan di dalam lembaran kerja yang disediakan dan terus menghantar tugasan kepada guru secara online.
Guru boleh membina pelbagai bentuk tugasan yang menarik :
Soalan ‘drag & drop’, objektif, video, soalan suaikan/padanan, ujian lisan dll.
BAHAN YG DIPERLUKAN :
1. lembaran kerja dlm bentuk pdf,gif,png
2. Akaun live worksheets
KELEBIHAN :
✅Menjimatkan masa guru memeriksa tugasan.
✅Memberi motivasi kpd pelajar untuk menjawab.
✅Pelbagai jenis tugasan boleh dibina.
✅Menjimatkan kertas.
✅Boleh berkongsi dengan guru lain.
✅Boleh dikongsi dalam pelbagai apps.
Plicker adalah aplikasi kuiz yang paling saya gemari. Senang dan praktikal. Pelajar tidak perlu membawa gajet untuk menjawab soalan. Pelajar hanya menggunakan kad plickers untuk menjawab soalan. Penilaian boleh dijalankan setiap kali tamat pdpc. Analisis boleh dipaparkan sebaik sahaja selesai ujian.
Padlet ialah satu aplikasi untuk membina buletin secara online. Ruang padlet boleh digunakan untuk mempamerkan sebarang isu untuk dibincangkan. Sebarang video, imej, URL boleh ditambah pada halaman padlet.
Kegunaan padlet dalam pdpc guru :
Sebagai ‘parking lot’ yang membolehkan pelajar memberi komen dan maklum balas terhadap topik yang dipelajari.
Tempat mengumpul sebarang maklumat dan berkongsi idea tentang sesuatu isu atau topik.
Sebagai ‘online notice board’ yang memaparkan imej, video, fail dan link.
http://gg.gg/tutorialpdalani2
Rujuk LINK ini untuk mempelajari cara menggunakannya.
NOTA : http://gg.gg/tutorialZG2
KERTAS JWPN OBJ PEND ISLAM : http://gg.gg/zipgrade-pend-islamK1
KERTAS JAWAPAN ZIPGRADE READYMADE : http://gg.gg/zipgrade20questions, http://gg.gg/zipgrade50questions, http://gg.gg/zipgrade100questions
Zipgrade adalah aplikasi pengimbas jawapan objektif dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini memudahkan guru memeriksa kertas jawapan objektif dengan pantas. Guru-guru juga boleh manfaatkan aplikasi ini semasa proses PBD setiap kali selesai sesi pdpc. Analisis ujian boleh dijana secara automatik setiap kali selesai kertas jawapan diimbas. Oleh itu, pelaksanaan PBD akan lebih berkesan.👍
Sila klik : http://gg.gg/tutorialgggg