VISI DAN MISI
Ikuti kami di Facebook rasmi Unit Pendidikan Swasta JPN Sabah
VISI DAN MISI
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MISI BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA
Bertindak balas kepada perubahan dan keperluan dalam industri pendidikan swasta.
Pemurnian dan penetapan piawaian Institusi Pendidikan Swasta.
Memperkasa penguatkuasaan ke atas Institusi Pendidikan Swasta.
Menerajui kerjasama pintar dalam kalangan Institusi Pendidikan Swasta.
Menjadikan Institusi Pendidikan Swasta sebagai institusi pilihan dan penyumbang kepada ekonomi negara.
Mengendalikan pendaftaran penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) melalui libat urus di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah.
Menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran IPS.
Meneliti permohonan dan meluluskan permit guru IPS dalam sistem.
Menyelaras pengumpulan data pengoperasian IPS dan pusat bimbingan alternatif (PBA).
Membuat verifikasi ke atas PBA.
Membuat pemeriksaan dan naziran ke atas tahap pematuhan IPS kepada standard kualiti yang telah ditetapkan.
Membuat pemeriksaan dan naziran ke atas tahap pematuhan IPS kepada standard kualiti untuk mendapat lesen KDN.
Menyemak dan mengesahkan kertas siasatan bagi tujuan tindakan perundangan.
Mengurus dan mengenakan tindakan pengkompaunan.
Merancang pelaksanaan Private Public Partnership (PPP) dan menyelaraskan maklumat / data peringkat negeri.
PIAGAM PELANGGAN
Surat perakuan penerimaan permohonan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta dikeluarkan dalam masa 14 hari bekerja.
Maklum balas permohonan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta diberikan dalam masa 30 hari bekerja.
Surat kelulusan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas menerima kelulusan daripada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru.
Surat sokongan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi permohonan mendapatkan pas pelajar / pas penggajian dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh diterima.
Perakuan penerimaan aduan atau sebarang pertanyaan dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja.
Siasatan dijalankan terhadap sebarang aduan dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh makluman diterima.
Surat sokongan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung perekrutan pelajar antarabangsa di Institusi Pendidikan Swasta dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Maklum balas kepada permohonan mendapatkan maklumat dan data diberikan dalam tempoh 14 hari bekerja.