Selamat datang ke Portal Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Ikuti kami di Facebook rasmi Unit Pendidikan Swasta JPN Sabah
Selamat datang ke Portal Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
SPI KPM BIL. 2 TAHUN 2025: GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS
HEBAHAN KARNIVAL PROMETS 2024 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
PELAKSANAAN KELAYAKAN AKADEMIK MINIMUM GURU PRASEKOLAH TADIKA SWASTA BERKUATKUASA 2020
PENGEMASIKIAN MAKLUMAT DALAM SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) KUTIPAN DATA 31 MAC 2024
PENDAFTARAN PENGGUNA DATA (GOLONGAN PENDIDIKAN) DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (AKTA 709)
PENCALONAN ANUGERAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KE-53 TAHUN 2024
PELAKSANAAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2024 UNTUK SEKOLAH SWASTA
PELAKSANAAN PENILAIAN KENDIRI SKPK 2.0 BAGI KALENDER AKADEMIK SESI 2023/2024
SURAT SIARAN PERINGATAN TERHADAP TINDAKAN KAWALAN C-19
SPI KPM BIL. 3 TAHUN 2023 PEMERKASAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH MULAI SESI AKADEMIK 2022/2023
MUAT TURUN APLIKASI PORTAL PENDIDIKAN SWASTA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
KAJI SELIDIK KEBERKESANAN I-POPS (INOVASI PORTAL PENDIDIKAN SWASTA) NEGERI SABAH
PEMAKLUMAN ANUGERAH PENGURUSAN CEMERLANG INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA TAHUN 2022/2023
CADANGAN TEMA HARI GURU TAHUN 2023
PAUTAN PANTAS
BERITA PROGRAM/AKTIVITI UNIT PENDIDIKAN SWASTA
KOTA KINABALU, 10 Oktober 2025 – Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Bengkel Kerja Penyelarasan Saluran Media Sosial pada 8 hingga 10 Oktober 2025, bertempat di Maktab Nasional, Kota Kinabalu, Sabah.
Bengkel ini bertujuan untuk menyelaraskan pengurusan dan strategi saluran media sosial rasmi Bahagian Pendidikan Swasta di peringkat Ibu Pejabat, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), selaras dengan keperluan komunikasi digital semasa.
Peserta bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai komunikasi dan wakil Unit Pendidikan Swasta dari seluruh negara. Antara pengisian utama termasuk taklimat pengurusan kandungan digital, etika penyiaran, penggunaan visual rasmi kementerian serta latihan penghasilan bahan promosi berimpak tinggi.
Program ini juga menjadi platform pemantapan peranan media sosial sebagai medium penyampaian maklumat dasar, program dan inisiatif pendidikan swasta yang lebih sistematik, konsisten dan mesra pengguna.
Bengkel ini membuktikan komitmen KPM dalam memperkasa komunikasi digital yang efektif, profesional dan selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Penilaian Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) telah dijalankan bermula 16 April hingga 10 Mei 2024 kepada Sekolah Menengah Akademik Swasta yang berdaftar dengan KPM di negeri Sabah. Sebanyak 8 buah Sekolah Menengah Akademik yang terlibat bagi penilaian SKIPS sesi 2023/2024.
1. Sekolah Menengah Advent Goshen Tamparuli
2. Maktab Nasional, Kota Kinabalu
3. Sekolah Menengah Seri Insan, Kota Kinabalu
4. Sekolah Menengah Advent Goshen Kota Marudu
5. Sekolah Menengah Visi Tawau
6. Sekolah Menengah Sri Pelangi Lahad Datu
7. Sekolah Menengah As-Salam
8. Sekolah Menengah Visi Sandakan
SKIPS adalah pemeriksaan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia secara berkala setiap tiga tahun sejak tahun 2006. Untuk tahun 2024, pelaksanaan pemeriksaan SKIPS berfokus kepada IPS Kategori Sekolah Menengah Akademik untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh IPS mematuhi standard kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini sekaligus dapat memastikan IPS yang menawarkan perkhidmatan kepada pelajar memberikan kualiti perkhidmatan yang baik serta meningkatkan imej pendidikan negara.
Mesyuarat Penyelarasan Data Dan Penyediaan Dokumen Bayaran Bagi Tadika Penerima Bantuan Yuran Murid Prasekolah Swasta Tahun 2024 Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah diadakan pada 7 hingga 9 Mei 2024 di bilik Gomantong, Unit Pendidikan Swasta, SPS, JPN Sabah. Seramai lima orang pegawai meja Unit Pendidikan Swasta terlibat dalam mesyuarat tersebut iaitu dua orang pegawai dari UPS, SPS JPN Sabah dan tiga orang dari PPD (PPD Penampang, PPD Tuaran dan PPD Kota Belud).
Mesyuarat ini adalah untuk menyelaras data penerima serta menyediakan dokumen bayaran kepada seramai 406 orang murid daripada 132 buah tadika swasta berdaftar yang menerima kelulusan permohonan Bantuan Yuran Murid tadika swasta tahun 2024. Kelulusan tersebut diperolehi setelah data permohonan yang dihantar ke BPSwasta KPM disemak silang dengan data e-kasih di Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Jabatan Perdana Menteri bagi menentusahkan murid dari keluarga B40 yang berstatus miskin dan miskin tegar.
Lawatan Penandaarasan dan Perkongsian Amalan Terbaik Peningkatan Pencapaian KPI #104 Peningkatan Enrolmen Murid Tadika Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Program ini merupakan program perkongsian pintar dan amalan terbaik bersama Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, dalam usaha untuk mencapai Inisiatif #104, meningkatkan enrolmen kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ di tadika swasta dan kutipan data manual. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan bagi menambahbaik pengurusan Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Perkongsian ilmu dengan JPN Sarawak dan lawatan dilaksanakan di 2 buah tadika swasta dan 2 buah sekolah swasta di negeri Sarawak.
Sesi Libat Urus Kerjasama Awam Swasta Bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikam Am negeri Sabah di bawah Inisiatif #104: Peningkatan Akses Prasekolah hingga Menengah Atas (Tadika Swasta), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Bengkel Perkongsian Data Inisiatif #104: Peningkatan Akses Prasekolah hingga Menengah Atas (Tadika Swasta), Bahagian Pendidikan Swasta KPM bersama Unit Pendidikan Swasta JPN/PPD Negeri Sabah & JPWP Labuan.
Tinjauan hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2023) oleh Puan Aniza Kamarulzaman, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, KPM di Sekolah Menengah Swasta; Maktab Nasional, Kota Kinabalu, Sabah.
Sesi Perbincangan Akses Pendidikan untuk kanak-kanak pelarian, bukan warganegara & tanpa dokumen di Sabah oleh Bahagian Pendidikan Swasta, KPM bersama pihak berkepentingan.
Pemeriksaan Berfokus Pematuhan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar
Pemeriksaan Berfokus Pematuhan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar
Sesi Libat Urus Penambahbaikan Pengoperasian Sekolah Ekspatriat - Sekolah Indonesia Kota Kinabalu & Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC)