BIDANG KEMAHIRAN : PERGERAKAN ASAS KEMAHIRAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
BIDANG KEMAHIRAN : PERGERAKAN ASAS KEMAHIRAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
Meningkatkan koordinasi dan pergerakkan
Mendorong untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan (ruang, masa, dan kuasa)
Membantu meningkatkan kecergasan fizikal dan mental
Kemahiran Lokomotor digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Kemahiran Lokomotor melibatkan berjalan, berlari, melompat, melompat sebelah kaki (hopping), melonjak (leaping), mencongklang (gallop), berskip dan menggelongsor (sliding).
Melompat
Menggelongsor
Berlari
Melonjak
Berjalan
Berguling
Berikut adalah kemahiran yang terbentuk berdasarkan setiap aktiviti lokomotor:
Berjalan – Keseimbangan, koordinasi asas, dan kawalan postur.
Berlari – Ketangkasan, daya tahan kardiovaskular, dan kelajuan.
Melompat – Kekuatan otot kaki, kawalan badan di udara, dan ketepatan pendaratan.
Melompat sebelah kaki (Hopping) – Keseimbangan dinamik, kekuatan kaki dominan, dan koordinasi kaki.
Melonjak (Leaping) – Koordinasi kaki dan tangan, daya lonjakan, serta kawalan pendaratan.
Mencongklang (Gallop) – Irama pergerakan, kelancaran langkah, dan koordinasi antara kaki.
Berskip – Koordinasi kompleks antara tangan dan kaki, daya tahan, serta kelincahan.
Menggelongsor (Sliding) – Pergerakan lateral, kawalan arah badan, dan koordinasi keseluruhan badan.
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Kemahiran Bukan Lokomotor tidak melibatkan perubahan tempat dan badan kekal di tempat yang sama.
Kemahiran Bukan Lokomotor melibatkan membongkok, mengilas, mengimbang, meringkuk, mengayun, meregang, membuai, memusing, menarik dan menolak.
Membongkok
Meregang
Mengimbang
Menarik
Memusing
Meringkuk
Memusing
Menolak
Berikut adalah kemahiran yang terbentuk berdasarkan pergerakan bukan lokomotor:
Membongkok → Fleksibiliti, keseimbangan, dan kawalan postur
Mengilas → Koordinasi, kekuatan otot teras, dan kelenturan
Mengimbang → Kestabilan badan, kawalan motor halus, dan keseimbangan statik
Meringkuk → Kelenturan, kawalan pergerakan, dan kekuatan otot abdomen
Mengayun → Ritma pergerakan, kawalan otot, dan koordinasi anggota badan
Meregang → Kelenturan, pengaktifan otot, dan persediaan fizikal
Membuai → Kawalan keseimbangan, pergerakan terkawal, dan koordinasi dinamik
Memusing → Koordinasi badan, kekuatan otot teras, dan fleksibiliti
Menarik → Kekuatan otot, kawalan daya, dan kestabilan postur
Menolak → Kekuatan otot tangan dan badan, koordinasi, serta kestabilan
KEPENTINGAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
Meningkatkan kecergasan fizikal
Membantu koordinasi dan keseimbangan.
Meningkatkan keupayaan mobiliti
Mengembangkan kemahiran motor kasar
Meningkatkan keyakinan diri
Meningkatkan keseimbangan dan kestabilan badan
Mengembangkan kelenturan otot dan sendi
Membantu kawalan postur dan pergerakan
Menguatkan otot teras (core strength)
Menyokong kemahiran motor halus dan kasar
VIDEO DEMONSTRASI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
DEMONSTRASI PERGERAKAN LOKOMOTOR
https://youtu.be/wxEkEFLJIRI?feature=shared
DEMONSTRASI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
https://youtu.be/I6qp2AHf9A0?feature=shared
Berikut adalah penjelasan ringkas bagi setiap aktiviti pergerakan lokomotor:
Berjalan – Pergerakan asas dengan satu kaki diangkat dan diletakkan ke hadapan secara bergilir.
Berlari – Pergerakan pantas di mana kedua-dua kaki terangkat dari tanah dalam satu tempoh singkat.
Melompat – Tolakan menggunakan kedua-dua kaki untuk naik ke udara dan mendarat semula.
Melompat sebelah kaki (Hopping) – Pergerakan menggunakan satu kaki untuk menolak ke atas dan mendarat pada kaki yang sama.
Melonjak (Leaping) – Pergerakan dengan tolakan dari satu kaki dan mendarat pada kaki yang lain dalam jarak yang lebih jauh.
Mencongklang (Gallop) – Pergerakan berulang dengan satu kaki melangkah ke hadapan dan kaki yang lain menyusul dengan tolakan kecil.
Berskip – Gabungan langkah dan lompatan secara berulang-ulang dengan rentak yang berirama.
Menggelongsor (Sliding) – Pergerakan sisi di mana satu kaki melangkah dan kaki yang lain mengikut secara seret dalam keadaan separa lentur.
Berikut adalah penjelasan ringkas bagi setiap aktiviti pergerakan bukan lokomotor:
Membongkok – Menundukkan badan ke hadapan atau ke sisi dengan membengkokkan pinggang.
Mengilas – Memusingkan bahagian atas badan ke kiri atau kanan tanpa menggerakkan kaki.
Mengimbang – Mengekalkan kestabilan badan dalam satu posisi tanpa terjatuh.
Meringkuk – Menarik badan ke dalam dengan membengkokkan lutut dan tangan rapat ke badan.
Mengayun – Menggerakkan anggota badan secara berulang-ulang dalam bentuk separa bulatan.
Meregang – Meluruskan atau memanjangkan anggota badan untuk meningkatkan fleksibiliti.
Membuai – Menggerakkan anggota badan seperti mengayun tetapi dengan lebih perlahan dan terkawal.
Memusing – Memutarkan badan atau anggota badan pada paksi sendiri.
Menarik – Menggunakan daya untuk menarik sesuatu ke arah diri.
Menolak – Menggunakan daya untuk menolak sesuatu menjauhi badan.
SILA JAWAB KUIZ DI ATAS DENGAN BETUL ! 😀