Pusat Sumber SK Bukit Raya berada di bawah pengurusan akademik yang ditadbir oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Maziah Binti Ismail.
Pusat Sumber SK Bukit Raya diuruskan oleh Puan Mayamarni Binti Shamsu Zaman selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM).
Terdapat 12 orang guru unit pusat sumber dan dibantu oleh 35 orang pustakawan dari sesi pagi dan sesi petang.
Ruang / bilik di bawah seliaan pusat sumber ialah:
a) Perpustakaan
b) Ruang NILAM
c) Pusat Akses / Bilik Tayangan
Waktu Operasi :
Pusat sumber dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat setiap minggu.
Waktu pengoperasian ialah dari jam 8.30 pagi hingga hingga 1.30 petang setiap hari.
Pusat sumber boleh memuatkan 50 orang dengan selesa pada satu-satu masa.
Setiap pelajar dibenarkan meminjam 2 buah buku dalam satu-satu masa dalam tempoh seminggu manakala guru 4 buah buku dalam tempoh dua minggu.
Denda kelewatan satu hari bagi sebuah buku ialah RM0.10
Terdapat 22 buah rak buku kayu bagi menempatkan bahan bacaan, buku rujukan dan buku fiksyen yang masih boleh digunakan di perpustakaan. Terdapat juga 3 almari kaca yang menempatkan bahan bacaan redspot, rujukan guru dan bahan permainan akademik.
Terdapat ruang /sudut di PSS iaitu
Sudut Nilam
Ruang Bacaan Terbuka
Ruang Bacaan Red Spot
Ruang rehat
Ruang santai / Rekriasi
Ruang Pameran
Ruang SAL (self excess learning)
Ruang Akses Internet
Ruang Pidato
Rangkaian Pusat Sumber SK Bukit Raya termasuklah:
Bilik-Bilik Darjah
Makmal Sains
Bilik-Bilik Khas
Surau
Kantin