KEMBALI KE
BIDANG AQIDAH
TAJUK
UNIT 2 : UTUSAN YANG MULIA
STANDARD KANDUNGAN
3.2 : Menyakini konsep beriman kepada rasul dan mengaplikasikan dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah
3.2.1 : Menyatakan pengertian nabi dan rasul
3.2.3 : Menyenaraikan 25 nama nabi dan rasul
3.2.4 : Menjelaskan peranan rasul
3.2.5 : Menganalisis kepentingan beriman kepada rasul
OBJEKTIF
Di akhir pembelajaran murid dapat :-
1) Menyatakan pengertian nabi dan rasul dengan tepat
2) Membaca dalil naqli kewajipan beriman kepada rasul dengan betul
3) Menyenaraikan 25 nama rasul dengan tepat
PENGENALAN
Rasul ibarat bulan purnama
Cahayanya terang seluruh alam
Menyinari kehidupan kita semua
Menuju jalan kejayaan
VIDEO PEMBELAJARAN
AKTIVITI
AKTIVITI 1 : Latihtubi menyebut dan membaca pengertian nabi dan rasul
PENGERTIAN NABI DAN RASUL
PENGERTIAN NABI
Nabi ialah seorang lelaki yang dikurniakan wahyu untuk diamalkan dan tidak diperintah menyampaikannya kepada orang lain.
PENGERTIAN RASUL
Rasul ialah seorang lelaki yang dikurniakan wahyu untuk diamalkan dan diperintah untuk menyampaikannya kepada orang lain.
AKTIVITI 2 : Sumbangsaran membaca dalil naqli kewajipan beriman kepada Rasul
DALIL NAQLI (SURAH AN-NISA' 136:4)
AKTIVITI 3 : Aktiviti berkumpulan iaitu perbincangan dan pembentangan
Setiap kumpulan diminta menyanyikan lagu nasyid nama 25 rasul
Berbincang tentang peranan rasul dan kepentingan beriman kepada rasul
NASYID NAMA 25 RASUL
PERANAN RASUL
1) Menyampaikan wahyu
2) Membimbing manusia dan jin supaya beriman kepda Allah SWT
3) Menjelaskan cara hidup yang diredhai Allah SWT
4) Mendidik manusia berakhlak mulia
5) Mengajarkan cara beribadah yang sempurna
6) Menjadi contoh teladan kepada manusia
KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA RASUL
1) Menyakini dan menyayangi nabi dan rasul sebagai utusan Allah
2) Melaksanakan ajaran yang dibawa oleh nabi dan rasul
3) Sentiasa berakhlak mulia
4) Meneruskan dakwah nabi dan rasul
5) Yakin dan bersungguh-sungguh melakukan ibadah
AKTIVITI 4 : Ulasan dan penerangan guru terutamanya tentang rasul ulul azmi
Rasul ulul azmi ialah para rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa untuk menghadapi ujian dalam menyampaikan risalahnya. Mereka ialah :-
Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW.
PENILAIAN KENDIRI
PENILAIAN 1 : Menjawab Soalan menggunakan google form
PENILAIAN 2 : Lembaran Kerja
Arahan : Sila save as image/copy image untuk menggunakan lembaran kerja tersebut
DISEDIAKAN OLEH:
USTAZAH NOOR ASIAH BINTI ISMAIL
SJKC PENG MIN, SIMPANG KUALA ALOR SETAR
PPD KOTA SETAR