Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ).
Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Teras Keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010.
Bagi membudaya dan mengupaya kecemerlangan pendidikan, usaha diperlukan dalam memberikan impak yang tinggi kepada pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah, khususnya ke arah pendidikan abad ke-21.
Penilaian tahap penguasaan murid pemulihan dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ke atas murid Tahap 1 manakala penilaian tahap penguasaan murid Tahap 2 dilaksanakan melalui Instrumen Penentu Penguasaan Membaca Menulis (IPP2M) dan Instrumen Penentu Penguasaan Kemahiran Asas Mengira (IPPKAM).
Data
Intervensi
Sistem Fail
Penyelarasan Program
PAK21
Pembugaran Kemahiran Pemulihan Khas (BM & MT)
DLP
PAT
KUNJUNG BANTU
PLC