SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG
PENGENALAN
Permukiman Pemimpin Pendidikan Digital MADANI Sekolah Terintang Tahun 2025
Permukiman Pemimpin Pendidikan Digital MADANI Sekolah Terintang Tahun 2025 merupakan inisiatif strategik yang dirangka oleh Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak untuk melahirkan pemimpin pendidikan dan pemimpin pertengahan yang berdaya saing, berprestasi tinggi serta mampu mendepani cabaran pendidikan abad ke-21. Dengan bertemakan “Pemimpin Digital Pemacu Reformasi Pendidikan”, program ini menjadi wahana untuk memperkukuh kompetensi kepimpinan digital yang berteraskan nilai MADANI.
Sekolah terintang yang menjadi fokus terdiri daripada Sekolah Pedalaman, Sekolah Kurang Murid (SKM), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Pendidikan Khas (SPK), sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah Model Khas Komprehensif (K11). Sasaran peserta ialah pemimpin pendidikan dan pemimpin pertengahan di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Permukiman ini membuka ruang untuk perkongsian ilmu, pengalaman, amalan terbaik serta membina jaringan kerjasama dalam kalangan warga pendidikan.
Pemimpin pendidikan perlu dilihat sebagai pemacu utama reformasi pendidikan digital, yang bukan sahaja menguasai pengetahuan dan kemahiran kepimpinan, tetapi juga berperanan sebagai agen perubahan yang membimbing, membina budaya berasaskan data, serta memastikan intervensi pendidikan memberi Return on Investment (ROI) yang signifikan terhadap kemenjadian murid. Dalam konteks ini, pemimpin pendidikan harus bersifat terbuka, proaktif, berintegriti dan berdaya tahan tinggi agar mampu mengubah cabaran menjadi peluang memperkukuh kualiti sekolah.
Selaras dengan Anjakan Kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025, Permukiman Pemimpin Pendidikan Digital MADANI Sekolah Terintang Tahun 2025 diharap dapat meningkatkan keterampilan, kompetensi dan daya kepimpinan pemimpin pendidikan. Usaha ini akan memastikan kepimpinan berprestasi tinggi benar-benar ditempatkan di sekolah, sekaligus memperkukuh agenda reformasi pendidikan digital ke arah melahirkan modal insan holistik, berdaya cipta dan kompetitif di peringkat global.
SENARAI AI POPULAR
SENARAI PEMBENTANG DAN PESERTA
ATUR CARA PERMUKIMAN PEMIMPIN PENDIDIKAN DIGITAL MADANI SEKOLAH TERINTANG NEGERI SARAWAK TAHUN 2025
ATUR CARA PENUH PERMUKIMAN PEMIMPIN PENDIDIKAN DIGITAL MADANI SEKOLAH TERINTANG NEGERI SARAWAK TAHUN 2025