Terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah, Warganegara Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang berumur 7 hingga 17 tahun.
Setiap sekolah diwakili oleh kumpulan yang dianggotai oleh (3) tiga orang murid dan seorang guru pembimbing
Kategori yang dipertandingkan adalah:
Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)
Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5)
# Nota: pasukan dari sekolah pendidikan Khas/PPKI akan dimasukkan dalam kategori sekolah rendah atau sekolah menengah)
Aplikasi yang dibangunkan hanya menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Setiap projek perlu disertakan bersama 1 salinan abstrak dan ringkasan projek. (abstrak / ringkasan projek tidak melebihi 250 patah perkataan dan hendaklah ditulis dalam satu muka surat kertas bersaiz A4 mengikut template yang disediakan (pautan: https://tinyurl.com/25projekandroid)
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya aplikasi yang dikemukakan tidak asli dan gagal mematuhi syarat pertandingan.
Hasil aplikasi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.
Semua hasil projek dan ringkasan projek mesti dihantar sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
Pihak urusetia berhak membuat perubahan peraturan dan masa pertandingan.
Hakcipta adalah hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM berhak menggunakan aplikasi tersebut seperti menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedarkan, menyunting semula dan menayangkan semua hasil yang dihantar di laman sesawang, pameran, mana-mana platform media atau media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan promosi dan sebagainya.
5 Pasukan Terbaik yang berjaya perlu hadir ke sesi pitching bersemuka di lokasi yang ditetapkan.
Keputusan hakim adalah muktamad.