TEMA : Remaja Malaysia Celik Revolusi Industri 4.0
TEMA : Remaja Malaysia Celik Revolusi Industri 4.0
OBJEKTIF
Mempertingkat kemahiran digital dalam kalangan murid;
Mempertingkat kemahiran merancang murid dalam membuat kertas projek penyelidikan; dan
Mempertingkat kreativiti murid dalam membangunkan aplikasi.
KELAYAKAN / SYARAT- SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan adalah mengikut 2 kategori peserta iaitu:
a. Kategori dalam talian (online)
b. Kategori luar talian (offline)
Setiap projek wajib diwakili secara berkumpulan terdiri daripada 3 orang murid dan seorang guru pembimbing dalam sekolah yang sama. Semua peserta yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
Setiap laporan kertas projek wajib disertakan bersama 1 salinan abstrak / ringkasan projek. (abstrak / ringkasan projek tidak melebihi 250 patah perkataan dan hendaklah ditulis dalam satu muka surat kertas bersaiz A4). Penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu diterima.
Pautan bagi templat ringkasan projek : http://bit.ly/RingkasanProjek
Penyertaan kategori luar talian (offline) dikehendaki menghantar fail "apk" yang dihasilkan manakala penyertaan kategori dalam talian (online) dikehendaki menghantar link aplikasi yang dihasilkan.
Satu klip video penerangan mengenai keseluruhan projek inovasi aplikasi yang dihasilkan wajib dihantar. Durasi video hendaklah dalam lingkungan 3 hingga 5 minit. Pautan video hendaklah dilampirkan dalam borang penyertaan setelah video tersebut dimuatnaik ke dalam Youtube.
KRITERIA PEMARKAHAN
SIJIL AKAN DIKATEGORIKAN SEBAGAI : Emas : 85 - 100 markah Perak : 65 - 84 markah Gangsa: dibawah 64 markah
HADIAH DAN ANUGERAH
HADIAH DAN ANUGERAH
Semua penyertaan di peringkat negeri akan menerima sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh JPN negeri masing-masing.
Pasukan yang mewakili negeri masing-masing akan menerima sijil elektronik penyertaan Peringkat Kebangsaan.
Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:
KATEGORI ONLINE
Pemenang Tempat Pertama: RM 2000.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Pemenang Tempat Kedua: RM 1000.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Pemenang Tempat Ketiga: RM 500.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Saguhati : RM 50 berserta Sijil X 13 Pasukan
KATEGORI OFFLINE
Pemenang Tempat Pertama: RM 2000.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Pemenang Tempat Kedua: RM 1000.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Pemenang Tempat Ketiga: RM 500.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Saguhati : RM 50 berserta Sijil X 13 Pasukan