Kembali ke
Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022
Poster Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 peringkat sekolah.
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Ogos 2022 (Isnin)
Masa : 7:40 pagi
Tempat : Dataran Semaian SuBur
Penganjur : Bidang Kemanusiaan dan Unit Kokurikulum, SMK Sg Burong
Peserta : Semua pelajar, guru dan kakitangan SMK Sg Burong
ATURCARA PROGRAM
7.40 pagi - Perhimpunan pagi
7.45 pagi – bacaan doa
7.50 pagi – nyanyian lagu rasmi dan lagu sekolah
8.00 pagi – ikrar pelajar
8.10 pagi – ucapan pengerusi majlis
8.15 pagi –Ucapan perasmian Bulan Patriotik oleh Pengetua SMKSB
- Gimik perasmian oleh Pn Pengetua dengan melepaskan bendera/ potong reben
- Kuiz terbuka
8.30 pagi – Deklamasi sajak oleh Syazaharaatul Balqis Binti Mohammad Safree
- Nyanyian Lagu Patriotik:
I. Keluarga Malaysia Teguh Bersama
II. Jalur Gemilang
III. Keranamu Malaysia
Bersurai
Pertandingan Video TikTok Kemerdekaan
Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan
Pertandingan Keceriaan Kelas Patriotisme
Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan (rakaman video)
Pertandingan Membaca Khutbah Patriotik (rakaman video)
Perarakan Kemerdekaan
Kenderaan Berhias (motosikal - pelajar & guru)
Pengenalan
Hari Kebangsaan disambut setiap tahun pada 31 Ogos. Menjadi tradisi setiap sekolah menjayakan Hari Kebangsaan dengan penuh gemilang. Pastinya program dan aktiviti sekolah diadakan bagi memupuk semangat patriotisma dalam kalangan pelajar. Pelajar dididik supaya sayang negara dan berusaha mengekalkan kemerdekaan yang kita capai.
Objektif
Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisma di dalam jiwa pelajar supaya terus kekal sehingga dewasa.
Mencetus dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan semangat perpaduan di semua peringkat.
Menyediakan ruang agar pelajar dapat menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini.
-jika ada-