1.Menghuraikan konsep asas pedagogi dan pedagogi masa kini berdasarkan teori dan model yang pernah dipelajari
2.Membanding beza ketiga-tiga kluster pedagogi berdasarkan ciri-ciri dan peranan guru/murid
3.Membincangkan peranan guru dan murid dalam pelaksanaan pedagogi masa kini dan implikasinya kepada kemenjadian murid
Sub Topik
● Konsep asas pedagogi
● Kluster pedagogi
- Pedagogi antik (antiquated pedagogy)
- Pedagogi klasik (classical pedagogy)
- Pedagogi kontemporari (contemporary pedagogy)
● Peranan guru dan murid berdasarkan kluster pedagogi
● Implikasi peranan guru terhadap pelaksanaan pedagogi masa kini
Nota Kuliah
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Tutorial 1 :
Bahagikan kepada 3 kumpulan kecil mengikut kluster pedagogi iaitu antik, klasik dan kontemporari.
Pelajar mengambil peranan sebagai guru dan murid dalam kluster pedagogi dan perlu melakonkan peranan yang sesuai dalam satu sesi pengajaran simulasi. Selepas aktiviti role-playing, pelajar diminta untuk membuat refleksi tentang bagaimana peranan guru dan murid berbeza dalam setiap kluster pedagogi dan kesannya terhadap pembelajaran.
Hasil perbincangan perlu dimuat naik dalam link berikut : https://drive.google.com/drive/folders/1cHNTJxbNyvGZ-HU0vpfpvM86QToz5yIL?usp=drive_link
Bentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.
Tutorial 2 :
Bincangkan kajian kes yang diberikan dalam kumpulan kecil
Berdasarkan kajian kes tersebut, kenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dan cadangkan penyelesaian yang praktikal.
Hasil perbincangan perlu dimuat naik dalam link berikut : https://drive.google.com/drive/folders/1C1N-MnDxnkRYKjJvbjmAfhEKVfrZbDRl?usp=sharing
Bentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.
E-Pembelajaran
Pelajar dikehendaki menulis blog reflektif mengenai bagaimana peranan guru berubah dalam konteks pedagogi masa kini dan implikasinya terhadap gaya pengajaran mereka sendiri. Blog ini boleh dibaca dan dikomen oleh rakan sekelas.
Hasil penulisan perlu dimuat naik dalam link berikut : https://drive.google.com/drive/folders/14214tK7SFYvGGEKNj4A8IsGV0zcz9syb?usp=sharing