Halaman ini membantu para pelajar menguji tahap kefahaman mereka terhadap 2 subtopik iaitu pertukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya, yang kedua, menambahkan nombor bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur. Halaman ini juga akan terus memberikan markah yang mereka peroleh setelah menjawab semua soalan. Dengan ini, pelajar dan guru dapat menilai sendiri tahap pencapaian dan prestasi para pelajar.
OBJEKTIF :
Pelajar sudah yakin untuk menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya
Pelajar dapat menambahkan nombor bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur dengan bijak dan cekap
Pelajar dapat menjawab semua soalan quiz yang diberikan dengan mudah