IKRAR

Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

berikrar taat setia kepada

Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda

Yang DiPertuan Agung

dan pemerintah-pemerintah di negara kami.


Bahawa kami berikrar

akan sentiasa patuh pada perlembagaan

dan undang-undang serta arahan persatuan

walau di mana kami berada.


Bahawa kami berikrar

akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami

kepada mereka yang sakit dan menderita

di waktu aman atau bencana

berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:


1. Kemanusiaan

2. Kesaksamaan

3. Keberkecualian

4. Kebebasan

5. Khidmat Sukarela

6, Ketunggalan

7. Kesejagatan

LAGU PBSM

7 PRINSIP ASAS