PBL atau merujuk kepada Pembelajaran Berasaskan Projek, atau Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan antara satu kelainan kepada KSSM Sains baharu. Bagi pelajar tingkatan 1 yang mengambil mata pelajaran Sains, murid digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Pembelajaran berasaskan projek menjurus kepada penghasilan produk bagi menyelesaikan masalah kehidupan sebenar. Murid juga digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning, PBL)
1. Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu.
2. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan.
3. PBL bersifat pembelajaran aktif dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Murid boleh mengeksploitasi lebih daripada apa yang ditulis dalam standard pembelajaran.
4. Jumlah markah peperiksaan akhir tahun.mengambil kira daripada 20% markah akhir tahun bagi SATU kerja projek yang terbaik.
5. Kerja projek mesti menyelesaikan suatu masalah yang autentik, Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.
Ingatan daripada Cg Koh:
Jumlah markah peperiksaan akhir tahun mengambil kira daripada 20% markah akhir tahun bagi SATU kerja projek yang terbaik.
Maksudnya : Markah peperiksaan akhir tahun 80% daripada kertas peperiksaan dan 20 % daripada PBL
PBL
•Mengenalpasti pendorong (drive) pembelajaran dan kebolehan pelajar.
•Kerja projek diutamakan.
•Pembelajaran secara mendalam (in-depth) melalui isu-isu dan soalan-soalan dalam kerja projek.
•Menggunakan bahan dan kemahiran seperti teknologi, pengurusan projek dan pengurusan diri.
•Menyelesaikan masalah melalui pengujian (investigation), penyelidikan (research), dan penyoalan (reasoning)
•Menerima pelbagai produk yang membenarkan maklum balas yang kerap dan peluang pembelajaran yang lebih kental melalui pengalaman.
PBL
•Menggunakan penilaian performance-based seperti berkomunikasi, menghadapi pencabaran dan memerlukan pelbagai kemahiran dan pengetahuan.
•Kerjasama (collaboration) dapat dipupuk melalui kerja kumpulan kecil, persembahan (presentations) pelajar atau penilaian projek keseluruhan kelas.
•Peranan guru dan pelajar berubah. Tanggungjawab pelajar bertambah dari segi pembelajaran dan pemberian motivasi serta mempunyai keinginan penyempurnaan. Ini membolehkan pembelajaran sepanjang hayat dapat dicapai.
•Pembelajaran juga merupakan sebahagian dalam aktiviti sosial yang berlaku dalam konteks budaya, komuniti dan pengalaman lampau (past experiences).
•Ini terbukti dalam kajian bidang perubatan dalam pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning) yang menjadi dasar kepada PBL.
•Dalam kajian kognitif tersebut, pelajar memberi respon yang aktif (mengkaji, mengintepritasi dan mereka) dalam mencari penyelesaian masalah (construct solutions) dengan ini berlakunya penekanan dalam proses pembelajaran.
•Ini telah menyedarkan guru-guru untuk menggunakan scaffold (Vygotsky, 1962) aktiviti dan kandungan yang lebih efektif bagi peningkatan kemahiran (skills) dan kebolehan (capabilities) pelajar.
•Dunia telah berubah. Dalam abad 19-an dan 20-an, budaya perindustrian telah membentuk organisasi dan kaedah pengajaran sekolah yang baru. Dengan itu, guru-guru perlu mengadaptasi perubahan abad ini.
•Pelajar perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran demi memenuhi permintaan tenaga kerja yang boleh merancang, bekerjasama, berkomunikasi serta mempunyai tanggungjawab sivik dan berperanan sebagai warganegara global.