4. PENGESANAN
Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Oleh kerana PBS ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.
a. Objektif Pengesanan:
i. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.
ii. Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
iii. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.
iv. Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran
b. Pengesanan:
i. Pengesanan Dalaman
Pengesanan dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan danenskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid.