PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PBD
PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PBD
BORANG SENARAI SEMAK PENJAMINAN KUALITI PBD
LAMPIRAN A (PENTADBIR)
LAMPIRAN B (KETUA PANITIA)
LAMPIRAN C (GURU MATA PELAJARAN)
PROSES 4 P
Pementoran dalam konteks PBD adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBD mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas pelaksanaan PBD.
Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan penetapan TP adalah adil kepada murid. Aktiviti penyelarasan boleh dilakukan melalui perbincangan bersama-sama para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KB/KP), ahli panitia/guru mata pelajaran dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang ditetapkan dalam DSKP.
Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan pelaksanaan PBD mengikut panduan yang ditetapkan. Aktiviti pemantauan boleh dilaksanakan sepanjang pelaksanaan PdP.
Memastikan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan sesuai dengan tujuan pentaksiaran
Menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan kaedah & instrumen PBD untuk dapatkan makumat TP murid
Pentadbir perlu mengenal pasti isu kebolehtadbiran dan kesesuaian kaedah instrumen pentaksiaran serta mencadangkan penambahbaikan