PBD bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif, iaitu:
Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment For Learning)
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment As Learning)
Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. PBD membolehkan murid, guru, ibu bapa, dan pihak sekolah mengetahui kualiti pembelajaran murid. Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Assessment Of Learning).
Pentaksiran yang melibatkan guru menggunakan bukti tentang pengetahuan , pemahaman dan kemahiran murid untuk memaklumkan tentang pengajaran mereka
Berterusan
Berlaku apabila murid adalah penilai mereka sendiri
Murid memantau pembelajaran mereka sendiri , bertanya soalan dan menggunakan pelbagai strategi untuk menentukan apayang mereka tahu dan boleh lakukan dan bagaimana menggunakan pentaksiran untuk pembelajaran baharu
Pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran (ujian bulanan , projek , Ujian Akhir Sesi Akademik )
Pelbagai aspek boleh ditaksir melalui PBD yang meliputi pelbagai kecerdasan sertaperkembangan emosi dan sahsiah murid. Aspek yang ditaksir ini termasuklah aspek nilai dan kompetensi yang diperlukan dalam dunia hari ini, di samping perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seperti dinyatakan dalam DSKP setiap mata pelajaran.
Pengetahuan
Kemahiran berfikir
Kemahiran berbahasa
Kemahiran mengira
Kemahiran belajar
Kemahiran bersosial
Kemahiran manipulatif
Kemahiran amali
Kemahiran kinestetik
Kreativiti
Kesihatan & kecergasan
Amalan nilai murni
Sikap