Novel Pantai Kasih telah diterbitkan pada tahun 1994 hasil daripada karya Azmah Nordin.
Beliau yang merupakan kelahiran Kedah yang menetap di Sabah ini mula menceburi bidang kesusasteraan pada tahun 1986 dan meminati penulisan sajak, cerpen serta novel.
Novel ini menceritakan seorang doktor bedah iaitu Raiha yang berkhidmat di Hospital Pantai Kasih dan dihantui oleh kisah silamnya.