SELAMAT DATANG KE PANITIA SAINS
SK RAWANG (JBA9031)
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Berkatilah dan rahmatilah kami dengan inayah dan kasih sayangmu
kurniakanlah taufiq dan hidayahmu kepada kami
Dalam usaha kami mendapatkan keredhaanmu
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Berikanlah kami kebersihan rohani dan kesihatan jasmani agar kami dapat
melaksanakan amanah dan tanggungjawab sehabis daya dan sebaik-baik mungkin
Dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan ketika mendidik murid-murid kami
Untuk menjadi insan yang bertaqwa, berilmu dan
berakhlak terpuji yang menabur jasa kepada agama, bangsa dan negara
Ya Rabbi, Ya Rahim,
Perteguhkanlah muafakat kami Eratkanlah silaturrahim antara kami
Agar kami dapat mewujudkan suasana kerja yang penuh keceriaan, persefahaman,
keselesaan dan persahabatan semoga dengan itu ya allah, akan dapat membantu
Memudahkan tugas kami untuk menjadikan SK Rawang sebuah institusi yang cemerlang
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Jauhkanlah kami dari perasaan bangga dan mementingkan diri
Jauhkanlah juga dari segala sifat mazmumah yang membawa kerosakan, kehinaan dan kekejian
Sebaliknya ya allah berikanlah kami sifat-sifat mahmudah; iaitu suka memberi dan suka berbudi
Jadikanlah kami orang-orang yang berjuang di jalanmu orang-orang yang hidup dan matinya keranamu
Ya Allah Azzawajallah
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapakami, dosa guru-guru kami, dosa para muslimin dan muslimat
sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi menemuimu
Kurniakanlah hamparan nikmatmu ke atas junjungan besar Nabi muhammad s.a.w,
ke atas keluarga dan para sahabatnya dengan segala puji bagimu wahai tuhan seluruh alam
BUKU PENGURUSAN SERATA 2026