30 September 2021
Penyerahan Surat Permohonan Pembangunan Sistem Fertigasi Tanaman Cili dan Kertas Kerja Projek Taman Bio-VG, Sekolah Kebangsaan Kelibang kepada Encik Khozaid, Pegawai Pertanian Daerah Langkawi.
HARI : SELASA
TARIKH : 26 OKTOBER 2021
Puan Noraini dan Cik Shamira, Pegawai Jabatan Pertanian Daerah Langkawi, berjumpa Guru Besar SK Kelibang, Encik Ahmad Sufian bin Abdul Rahman di pejabat sebelum membuat lawatan ke tapak Taman Bio-VG.
Lawatan Pegawai Jabatan Pertanian Daerah Langkawi di tapak Taman Bio-VG, diiringi Tuan Guru Besar, Encik Ahmad Sufian bin Abdul Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ghazail bin Che Harun, dan Penyelaras Projek, Encik Muhammad Aizat Amir bin Abdul Kadir.
HARI : KHAMIS
TARIKH : 2 DISEMBER 2021
Sumbangan peralatan pertanian seperti alat penyiram, serampang tangan, sudip tangan, pencakar tangan dan pasu plastik.
Diterima daripada Cik Shamira, wakil dari Jabatan Pertanian Daerah Langkawi.
Jutaan terima kasih daripada kami, Panitia RBT SK Kelibang, mewakili warga SK Kelibang kepada Jabatan Pertanian Daerah Langkawi, atas sumbangan dan khidamt nasihat yang diberikan.
HARI : AHAD
TARIKH : 5 DISEMBER 2021
Sumbangan peralatan pertanian dan baja organik dari wakil Jabatan Pertanian Daerah Langkawi. Jutaan terima kasih daripada kami, Panitia RBT SK Kelibang, mewakili warga SK Kelibang kepada Jabatan Pertanian Daerah Langkawi, atas sumbangan dan khidmat nasihat yang diberikan.