TERKINI (2025): senarai nama KEPUTUSAN PERMOHONAN bantuan am persekolahan baitulmal 2025
Sukacita dimaklumkan senarai nama keputusan permohonan bantuan am persekolahan Baitulmal 2025 telah dikeluarkan.
Sehubungan itu, diminta para murid dan ibubapa/penjaga untuk menyemak akaun bank bagi memastikan proses kredit bantuan telah dimasukkan.
Senarai nama seperti dilampiran. Terima Kasih.
Segala permasalahan boleh hubungi Guru Baitulmal Sentosa
Whatapps Baitulmal Sentosa
Posting: 05 November 2025
BORANG PERMOHONAN BANTUAN AM BAITULMAL 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Baitulmal MAIWP akan membuka permohonan baru Borang Permohonan Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2025 bagi pelajar-pelajar Islam yang layak memohon berdasarkan syarat yang ditentukan:
Syarat Umum:
a) Islam
b) Warganegara Malaysia
c) Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari SATU TAHUN dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
d) Tertakluk kepada pengiraan had Kifayah (had mencukupi)
Pelajar yang layak memohon:
a) Memasuki Sekolah Rendah/Menengah (Darjah 1 / Tingkatan 1)
b) Tidak Menerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal (selain pelajar Darjah Satu/Tingkatan Satu)
c) Mendapat Tawaran Belajar Tingkatan 6 Bawah (perlu menyertakan surat tawaran semasa menghantar Borang Permohonan)
Untuk makluman, setiap pelajar yang memasuki Tingkatan 1 sekolah Menengah harus memohon semula permohonan baru kerana bantuan Baitulmal pada peringkat sekolah rendah TERBATAL secara automatik.
Tarikh akhir penghantaran Borang sebelum/pada 14 Julai 2025.
Pelajar sedia ada (penerima tahun 2025) juga boleh menyemak senarai nama di bawah ini.
Terima kasih.
Kepada penerima Baitulmal sedia ada, boleh masuk group Whatapps Ibubapa/Penjaga Sentosa:
Group Whatapps Baitulmal
Posting: 10 Jun 2025
TERKINI (2025): BANTUAN BAUCER PERSEKOLAHAN 2025
Sukacita dimaklumkan Baitulmal akan memberikan Baucer Pakaian Sekolah kepada
penerima Baitulmal tahun ini sesi 2025.
Ibubapa/Penjaga/Pelajar perlu mengemaskini no telefon untuk tujuan penebusan. Penebusan pada tahun ini menggunakan aplikasi Boost (boleh install dari Google Playstore/Apple Store). Oleh itu, no telefon yang diberikan perlulah peranti yang boleh install apps Boost untuk tujuan penebusan.
Segala permasalahan boleh hubungi Guru Baitulmal Sentosa
Whatapps Baitulmal Sentosa
Posting: 11 Februari 2025