Assalamualaikum wrt.wbt.
MAKLUMAN PERTANDINGAN SEPANJANG MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 1444H/2023M
Sukacita dimaklumkan bahawa, Panitia Pendidikan Islam SMKT telah menganjurkan beberapa pertandingan sepanjang Minggu Panitia.
2. Sehubungan dengan itu, semua murid digalakkan untuk mengambil bahagian bagi setiap pertandingan yang dianjurkan kerana banyak hadiah menarik sedang menanti anda.
3. Berikut merupakan butiran pertandingan-pertandingan yang dijalankan sepanjang Minggu Panitia Pendidikan Islam :
Tarikh : 20 Jun - 27 Jun 2023
Hari : Sepanjang hari persekolahan
Tempat : SMK Tekek
Petandingan yang dianjurkan
i. Klinik Bacaan Solat
[Guru Penyelaras: En. Ahmad Zuhairi b. Mohamad]
Terbuka kepada semua murid bagi setiap tingkatan.
Murid perlu mengadakan temu janji dengan guru penyelaras bagi menentukan masa dan tarikh sesi bimbingan bacaan dalam solat.
Markah dikira berdasarkan kekerapan temu janji murid dengan guru penyelaras dan kriteria pemarkahan yang disediakan.
ii. Hadis Track-N-Trace
[Guru Penyelaras: En. Muhd. Nasaruddin Al Hussaini b Shaari]
Terbuka kepada semua murid bagi setiap tingkatan.
Murid perlu mengambil bahan pertandingan dengan guru penyelaras.
Markah dikira berdasarkan penghantaran awal yang memperolehi markah tertinggi.
iii. PAI Word Scramble
[Guru Penyelaras: Pn. Sri Rahayu bt. Ishak]
Terbuka kepada semua murid bagi setiap tingkatan.
Murid perlu mengambil bahan pertandingan dengan guru penyelaras.
Markah dikira berdasarkan penghantaran awal yang memperolehi markah tertinggi.
4. Diharapkan pengajuran pertandingan-pertandingan diatas mendapat sambutan yang mengalakkan daripada murid-murid SMK Tekek.
Sekian, Terima Kasih
Assalamualaikum wrt.wbt.
PERHATIAN :
MAKLUMAN KEMPEN PEMELIHARAAN TEKS AL-QURAN, HADIS DAN BAHAN-BAHAN AGAMA PERINGKAT ASRAMA SMKT 2021
1. Al-Quran dan hadis merupakan dua sumber rujukan utama umat Islam. Kedudukan Al-Quran dan hadis ini tidak boleh dipertikai kerana ianya saling melengkapi antara satu sama lain. Justeru itu, dapatlah diketahui bahawa Al-Quran dan hadis selayaknya mendapat kelas tersendiri dalam pemeliharaan teksnya agar tidak mencemarkan kesucian dua sumber tersebut dari sudut autoritinya.
2. Melihat dari sudut catatan sejarah pula, penjagaan kesucian teks Al-Quran ini sebenarnya sudah pun bermula pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin lagi. Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, beliau telah mengarahkan agar Al-Quran yang berlainan mushaf dibakar untuk menjaga kesuciannya. Hal ini dapat ditelusuri melalui riwayat dibawah :
أن عثمان بن عفان رضي الله عنه :أَمَرَ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ ، وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ الزُّبَيْرِ ، وَسَعِيدَ بْنَ الْعَاصِ ، وَعَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ الْحَارِثِ بْنِ هِشَامٍ ، فَنَسَخُوهَا فِى الْمَصَاحِفِ ، وَقَالَ عُثْمَانُ لِلرَّهْطِ الْقُرَشِيِّينَ الثَّلاَثَةِ : إِذَا اخْتَلَفْتُمْ أَنْتُمْ وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ فِي شَيءٍ مِنَ الْقُرْآنِ فَاكْتُبُوهُ بِلِسَانِ قُرَيْشٍ ، فَإِنَّمَا نَزَلَ بِلِسَانِهِمْ ، فَفَعَلُوا ، حَتَّى إِذَا نَسَخُوا الصُّحُفَ فِي الْمَصَاحِفِ رَدَّ عُثْمَانُ الصُّحُفَ إِلَى حَفْصَةَ ، وَأَرْسَلَ إِلَى كُلِّ أُفُقٍ بِمُصْحَفٍ مِمَّا نَسَخُوا ، وَأَمَرَ بِمَا سِوَاهُ مِنَ الْقُرْآنِ فِي كُلِّ صَحِيفَةٍ أَوْ مُصْحَفٍ أَنْ يُحْرَقَ
Maksudnya: Sesungguhnya ‘Uthman bin ‘Affan R.A memerintahkan Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Sai’d bin al-‘As dan ‘Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam supaya menulis semula dalam bentuk salinan Mushaf yang sempurna, ‘Uthman berkata kepada tiga orang lelaki Quraish: Sekiranya kamu tidak bersetuju dengan Zaid bin Thabit berkaitan sesuatu hal di dalam al-Quran, maka tulislah dalam gaya bahasa Quraish, sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan bahasa mereka, lalu mereka melakukannya, sehingga menjadi banyak salinan daripadanya (mushaf), kemudian ‘Uthman memulangkan mushaf yang asal kepada Hafsah, dan dikirim ke seluruh pelusuk dunia, kemudian ‘Uthman memerintahkan supaya segala mushaf selain daripada mushaf yang asal agar dibakar. (Sahih Bukhari 4987)
Assalamualaikum wrt.wbt.
PERHATIAN :
HEBAHAN PERTANDINGAN BEDAH FILAM : MUHAMMAD UTUSAN TERAKHIR SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1443H
Merujuk perkara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bina Insan SMK Tekek dengan Kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Tekek akan menganjurkan pertandingan sebagai mana butiran berikut :
Hari. : Isnin & Selasa
Tarikh : 18 Okt. - 19 Okt. 2021
Masa. : 8.00 am - 9.00 pm (Pada tarikh berkenaan)
Tempat : Atas talian
2. Hadiah dan sijil penghargaan disediakan untuk pemenang. Penyerahan hadiah dan sijil kepada pemenang semasa sesi persekolahan secara bersemuka.
3. Pihak pengajur mengharapkan agar pertandingan ini mendapat sambutan dan penyertaan yang mengalakkan dalam kalangan murid SMK Tekek.
4. Murid boleh membuat imbasan kod QR pada poster yang diedarkan atau menekan pautan dibawah untuk membuat akses berkenaan pertandingan ini :
i. Bahan Rujukan : https://eqrcode.co/a/igcIDW
ii. Filem Muhammad Utusan Terakhir : https://youtu.be/P78oJd9PfNk
iii. Kuiz & Analisis Bedah Filem Muhammad Utusan Terakhir : https://eqrcode.co/a/TNMLmH
Sekian, terima kasih
Unit Bina Insan SMKT & Panitia Pendidikan Islam SMKT
OBJEKTIF PERTANDINGAN :
Menggalakkan penyertaan murid bagi kelas mata pelajaran Pendidikan Islam yang dijalankan secara atas talian.
Meringankan bebanan murid yang tidak dapat menyertai kelas atas talian kerana tidak mampu menambah nilai prabayar untuk membeli data internet.
Mengurangkan kadar murid keciciran dalam pelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
SYARAT DAN TERMA
Pertandingan terbuka kepada semua murid SMK Tekek disetiap tingkatan.
Setiap murid yang ingin menyertai pertandingan ini perlu menghadiri kelas PdPR Pendidikan Islam yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam di setiap tingkatan.
Murid yang menghadiri kelas pada hari berkenaan akan disenaraikan nama di dalam Wheel of names (Roda nama) dan akan diputarkan oleh guru pendidikan Islam dikelas berkenaan.
Murid yang namanya terpilih berpeluang untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
Jika murid berkenaan tidak dapat menjawab soalan yang diberikan maka guru akan membuat putaran roda nama yang lain sehingga soalan tersebut dapat dijawab.
Murid yang dapat menjawab soalan dan murid-murid yang belum dapat menjawab soalan digalakkan untuk terus menyertai kelas PdPR yang dijalankan bagi mengumpul mata.
Seramai 3 orang pemenang bagi setiap tingkatan akan dipilih berdasarkan mata tertinggi.
Hadiah yang disediakan kepada pemenang berbentuk tambah nilai prabayar (prepaid reload) dan boleh dituntut dengan penganjur.
Objektif Pertandingan :
Menggalakkan persaingan dalam pembelajaran pelajar.
Mengukur pencapaian pelajar untuk sepanjang 7 minggu sesi PdPR.
Memperkenalkan alternatif pembelajaran melalui permainan dalam kalangan pelajar.
Assalamualaikum wrt.wbt.
PERHATIAN :
1. Berikut merupakan Kuiz Mixed Mode untuk penyertaan secara individu.
2. Sila tekan link 1 terlebih dahulu.
3. Jika link 1 sudah tidak dapat di akses sila tekan link 2.
4. Sekiranya link 2 sudah tidak dapat di akses sila tekan link 3.
5. Sila masukkan nama Pendek dan Kelas peserta Contoh : Farhan2B
6.Kuiz ini akan bermula dari jam 8.00 pagi - 10.00 Malam pada tarikh 1 Mac 2021 sahaja.
7. Setiap link yang disertakan mempunyai soalan dan masa menjawab yang sama iaitu 10 minit.
8. Pelajar perlu menjawab dengan pantas dan betul untuk memperolehi score yang tinggi.
Objektif Pertandingan :
Mendedahkan murid-murid tentang cara pembelajaran yang berbentuk interaktif.
Mencungkil kreativiti murid dalam menyampaikan maklumat secara berkesan.
Memberi peluang kepada murid-murid menerokai aplikasi dan perisian yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan.
MAKLUMAN
Berikut merupakan borang penghantaran rakaman video pendek. Peserta disarankan untuk menghantar penyertaan hanya melalui medium ini sahaja bagi mengelakkan penyertaan perserta ditolak. Peserta yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi penganjur untuk mendapatkan maklumat dan informasi.
Sila tekan borang dibawah :
BORANG PENGHANTARAN VIDEO : PERTANDINGAN RAKAMAN VIDEO PENDEK PdPR PENDIDIKAN ISLAM
Objektif Pertandingan :
Menggalakkan penyertaan murid untuk menyertai kelas atas talian yang diadakan oleh guru-guru Pendidikan Islam.
Mendedahkan murid-murid dengan aplikasi pendidikan yang sesuai dengan norma pendidikan baharu.
Memotivasikan murid untuk berusaha mencapai matlamat dengan ganjaran yang ditawarkan.