Pendidikan Islam bertujuan melahirkan insan yang kenal dan yakin kepada Kitab Suci Al-Quran, serta tahu dan memahami kandungannya supaya terdidik dengan ciri-ciri kemuliaan dan ketakwaan.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun. Guru-guru Pendidikan Islam juga harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.
Oleh yang demikian guru-guru Pendidikan Islam berpeluang untuk menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panitia Pendidikan Islam guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.
Melahirkan seorang pelajar yang boleh membaca al-Quran, memahami, mengamali dan menghayati ajaran al-Quran.
Seorang pelajar yang sentiasa menghayati dan mengamalkan ajaran Islam.
Seorang yang dapat menunaikan sembahyang setiap waktu.
Seorang yang dapat mengamali akhlak dan cara hidup Islam yang betul.
Seorang pelajar yang beradab , berakhlak dan bersopan di dalam pergaulan dan perhubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Seorang pelajar yang cemerlang dari segi pemikiran dan ilmunya.
Seorang pelajar yang dapat membentuk diri sebagai insan yang soleh dan bertakwa.
Seorang pelajar yang sentiasa bersyukur, kuat cita-cita dan sentiasa berfikir untuk kebaikan.
Seorang pelajar yang berperanan sebagai pendakwah yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta membenci kepada kemungkaran.
Seorang pelajar yang cintakan Allah dan Rasul.