PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.
Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus, mengerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan dalam merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan berkualiti di masa hadapan.
Terdapat 8 strategi yang menjadi fokus dalam PLC. Berikut adalah contoh strategi yang boleh digunakan:
Lesson Study
Terdapat 3 fasa iaitu :
Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya satu panitia)
Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama & pemerhatian oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study
3. Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH
Peer Coaching
Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior dan guru junior yang bertindak selaku Coach dan Coachee. Ada 3 pendekatan yang boleh dipilih:
(i) Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati
(ii) Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati
(iii) Coach dan Coachee mengajar bersama.
Teacher Sharing Session
Perbincangan biasanya dilakukan oleh sesama ahli panitia. Pastikan gambar sesi tersebut diambil dan dibuat laporan.
Learning Walks
Para guru boleh berjalan sambil memerhatikan sesi pengajaran yang dilaksanakan oleg guru lain.
Video Critiques
Video diambil semasa proses PdPc, kemudian ahli kumpulan PLC menonton semula video tersebut. Sambil-sambil itu, ahli kumpulan menilai kaedah yang digunakan serta membincangkan penambahbaikan terhadap kaedah PdPc sedia ada.
Book Club
Sesuatu kumpulan berkumpul untuk berbincang, berkongsi dan membedah isi sesebuah buku yang dikongsi bersama untuk sesuatu masa.
Problem Solving Group
Satu kumpulan guru yang bersama-sama membincang suatu masalah / isu. Guru memberi deskripsi tentang suatu masalah. Guru yang lain bersama-sama meminta penjelasan dan mengemukakan cadangan penyelesaian masalah / isu tersebut.
Data Analysis
Data Analysis biasanya melibatkan proses penilaian terhadap ujian/peperiksaan melalui analisis item yang dibuat.