PANITIA BAHASA MELAYU
SEK. KEB. SG.HJ. MATAHIR
PETI SURAT 781, 91008 TAWAU SABAH
PANITIA BAHASA MELAYU
SEK. KEB. SG.HJ. MATAHIR
PETI SURAT 781, 91008 TAWAU SABAH
SENARAI TUGAS GURU PANITIA BM
1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang berkenaan.
2. Menjadi ahli panitia mata pelajaran, menghadiri mesyuarat panitia dan melaksanakan keputusan panitia.
3. Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan mata pelajaran yang diajar serta menentukan matlamat yang harus dicapai pada akhir penggal bagi setiap kelas.
4. Mempunyai Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkannya kepada Pengetua / wakil pada masa yang ditetapkan (AP : 1996 Perkara 6 hingga 10);
5. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.
6. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan bertulis yang mencukupi, memeriksa buku latihan murid dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua / wakilnya pada masa yang dikehendaki;
7. Menyedia dan menjalankan sistem penilaian dan pentaksiran termasuk ujian bulanan dan peperiksaan serta merekod semua penilaian tersebut, soalan dan markah dalam Buku Rekod Mengajar (AP : 1996);
8. Mengesan kekuatan dan kelemahan murid serta mengambil tindakan susulan(menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan) serta bentang dalam mesyuarat kedua panitia;
9. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang dikelolakan olehKementerian, JPN dan PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama;
10. Melapor kepada Ketua Panitia / Guru Kanan mata pelajaran tentang masalah P & P untuk tindakan selanjutnya (cth : alat tidak cukup);
11. Menyimpan, merekod dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh PPK/ JPN/ PPD;
12. Menjaga keselamatan dan kebersihan alatan ABM dan bilik khas;
13. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar;
14. Membantu menguruskan Bank Soalan;
15. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin;
16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BAHASA MELAYU
1. Mengetahui secara terperinci perkara-perkara dengan subjek yang diajarkan dan sukatannya.
2. Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk penggunaan BBB.
3. Menjalankan tugas dengan jujur dan penuh rasa tanggungjawab.
4. Menyediakan rancangan pengajaran masing-masing berdasarkan rancangan pengajaran tahunan yang telah ditetapkan dan merekodkannya dalam folio/buku rekod mengajar.
5. Merancang tugasan yang sesuai sebagai pengukuhan pengajaran yang telah dijalankan.
6. Memeriksa setiap latihan, tugasan atau folio pelajar dan memberi komen yang akan membantu meningkatkan minat serta prestasi pelajar dalam mata pelajarannya.
7. Menghantar buku latihan kepada Guru Kanan Subjek atau Ketua Jabatan apabila dikehendaki berbuat demikian.
8. Memeriksa kertas ujian selaras dan peperiksaan serta menyerahkan markah pelajar kepada penyelaras tingkatan dan pihak UPPM pada masa yang ditetapkan.
9. Membuat analisis keputusan ujian selaras dan peperiksaan bagi kelas-kelas yang diajarkan.
10. Mengambil berat kemajuan akademik pelajar melalui intervensi serta berusaha menanamkan nilai-nilai sahsiah yang baik dalam kalangan pelajarnya.
11. Mengadakan kelas-kelas tambahan dan klinik bahasa untuk tujuan pengayaan dan pemulihan apabila diperlukan atau mengikut jadual program PGG..
12. Membantu Penyelaras Tingkatan dan Guru Kanan Subjek mengendalikan program-program serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh unit sepanjang tahun.
13. Mengendalikan persatuan yang berkenaan dengan mata pelajarannya apabila dilantik menjalankan tugas tersebut.
14. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA, Jabatan Pelajaran Negeri atau pelbagai pihak.
15. Menghadiri setiap mesyuarat unit dan jabatan yang dikendalikan oleh Guru Kanan Subjek atau Ketua Jabatan yang berkenaan dengan mata pelajaran yang diajarkannya.
16. Mengawasi pelajar ketika ujian dan peperiksaan mengikut jadual yang telah ditentukan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan.
17. Menilai pencapaian pelajar serta mengesan kelemahan dan kekuatan mereka bagi tujuan meningkatkan prestasi P&P.
18. Melengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam buku/folio Rekod Mengajar dan menyerahkannya kepada Ketua Jabatan mengikut jadual yang telah ditentukan.
19. Melaksanakan tugas-tugas berkala yang lain dari masa ke masa daripada Penyelaras Tingkatan, Guru Kanan Subjek, Ketua Jabatan atau yang diarahkan oleh Pengetua.
Disediakan oleh: Jumadin Tunru (Ketua Panitia Bahasa Melayu )
MUAFAKAT MEMBANGUN POTENSI