Surat pemakluman tarikh pengisian PAJSK sesi 2025/2026
STATUS PENGISIAN
Sila log masuk melalui aplikasi idMe anda sebagai GURU KELAS.
Klik KEPUTUSAN >> PAJSK
Filter seperti rajah di bawah dan klik butang CARI
Filter kelas anda mengikut senarai seperti di atas seterusnya tekan butang CARI
Klik butang PENSEL (Kemas kini)
TINGKATAN 3 : 1 Jun - 15 November 2025
TINGKATAN 1, 2, 4 & 5 : 1 Jun - 7 Disember 2025
Manual Pengguna - Guru Kelas
Manual Pengguna - Guru Kokurikulum
Pastikan guru-guru telah membaca dengan teliti Manual Pengguna-Guru Kelas tersebut. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Penyelaras PAJSK (En Hasnulfikri).
KELAB & PERSATUAN, BADAN BERUNIFORM, SUKAN & PERMAINAN
Berikut merupakan penyelarasan yang dibuat untuk memastikan semua guru kelas mengisi secara konsisten dan adil kepada semua semua pelajar.
PELAJAR YANG TIDAK DITAKSIR : TIADA (semua ditaksir untuk sesi 2025/2026)
Pilih unit kokurikulum yang paling hampir dengan yang ditawarkan di sekolah. Sila rujuk senarai di bawah sekiranya unit tersebut tiada dalam senarai.
Nama unit di idME | Nama unit di sekolah (MERAH) :
KELAB KERJAYA
KELAB KOMPUTER/ICT
KELAB KOPERASI SEKOLAH
KELAB MALAYSIAKU
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
KELAB PENGGUNA
KELAB SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM)/SOLAR | Kelab Reka Cipta , STEM & Hidroponik
KELAB SEJARAH | Persatuan Sejarah & Geografi
KELAB SENI VISUAL | Kelab Seni dan Pencinta Alam
KELAB SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
PERSATUAN AGAMA ISLAM | Persatuan Bahasa Arab dan Agama Islam
PERSATUAN BAHASA INGGERIS
PERSATUAN BAHASA MELAYU
KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
KOR KADET POLIS
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA | KASPA
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
BADMINTON
BOLA BALING
BOLA JARING
BOLA SEPAK
BOLA TAMPAR
BOLING PADANG | Petanque
CATUR
SEPAK TAKRAW
Pilih jawatan mengikut rekod yang telah disediakan.
Jika pelajar tersebut ialah KAPTEN/KETUA PASUKAN - pilih jawatan ini untuk markah yang lebih tinggi.
Jika KEHADIRANNYA 6 kali dan ke atas (50%) : Pilih AHLI AKTIF (semua pelajar yang layak).
Jika KEHADIRANNYA 0, 1, 2 : Pilih AHLI BERDAFTAR.
Pilih jawatan yang lebih tinggi antara SUKAN & PERMAINAN vs RUMAH SUKAN
Contoh: Ahmad ialah AJK dalam kelab Bola Sepak, tetapi dia menyandang jawatan Setiausaha dalam Rumah Sukan WAJA. Maka, pilih jawatan SETIAUSAHA untuk aktiviti Sukan Permainan >> Jawatan : Setiausaha.
Jika pelajar tersebut menyandang PANGKAT dalam unit beruniformnya, pilih mana satu yang lebih tinggi, sama ada Jawatan atau Pangkatnya.
Contoh: Noor ialah ahli KRS dengan keahlian sebagai Ahli Biasa. Tetapi dia menyandang pangkat STAF SARJAN dalam ujian kenaikan pangkat. Maka, pilih STAF SARJAN/NAIB PENGERUSI.
Guru kelas hanya perlu rujuk catatan pada setiap aktiviti peserta (telah dinyatakan tahap pelibatannya)
PENERANGAN
Penglibatan 1 - Murid yand didaftarkan sebagai atlet/ peserta (perkhemahan/ kursus/ karnival/ kejohanan/ program) pertandingan.
Pelajar yang mewakili sekolah/ daerah/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa dalam program/ pertandingan yang disertai.
Ada pemeringkatan : Melalui peringkat Zon/Daerah - Negeri - Kebangsaan - Antarabangsa
Jika "online" : ada interaksi secara dua hala secara "live".
Tahap pencapaian tertinggi individu.
Penglibatan 2 - Penglibatan murid dalam aktiviti seperti Jawatankuasa Pelaksana, Petugas Teknikal (QM), Persembahan Selingan, HELPERS.
Pelajar-pelajar yang bertugas sebagai Kuatermaster (QM), Petugas Teknikal dan Pembantu Pegawai , HELPERS yang membantu guru semasa kejohanan/ program.
Peserta "online" dan tiada pemeringkatan (terus ke peringkat Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa)
Peserta penanda arasan (benchmarking) ke Padang, Indonesia
Penglibatan 3 - Penglibatan murid bersifat meramaikan majlis (penyokong, kumpulan sorak dan sebagainya).
Tahap minimum yang boleh diberikan kepada semua pelajar yang tidak menyertai mana-mana aktiviti, selain di peringkat SEKOLAH.
Pencapaian : JOHAN, NAIB JOHAN, KETIGA, KEEMPAT & KELIMA sahaja.
Jika pelajar BERTANDING di peringkat DAERAH dan tiada pencapaian/tempat, maka Pencapaian : SEKOLAH (JOHAN)
Penyertaan : NEGERI >>> Pencapaian : SEKOLAH (JOHAN)
Penyertaan : KEBANGSAAN >>> Pencapaian : SEKOLAH (JOHAN)
Kaedah ini terpakai untuk aktiviti bersifat PERTANDINGAN.
Jika BUKAN PERTANDINGAN >>> kosongkan ruang pencapaian.
1. Pelajar mempunyai PENYERTAAN di peringkat Kebangsaan/ Negeri/ Daerah secara automatik (tanpa melalui peringkat bawah) - kebiasaannya secara dalam talian/ online.
Penglibatan ini dikira di bawah Kelab Persatuan/ Sukan Permainan/ Badan Beruniform.
Kaedah untuk pilih/klik:
PELIBATAN : klik ikut peringkat (sama ada PENGLIBATAN 1, 2, 3 - Rujuk bahagian atas (PERINGKAT)
********************************
2. Pelajar yang terlibat dengan Kuiz Dalaman peringkat TINGKATAN/ SEKOLAH.
PENGLIBATAN : Sekolah (sebab tiada peringkat tingkatan)
PENCAPAIAN : pilih ikut kedudukan mereka dalam Tingkatan.
Iktiraf kedudukan dalam TINGKATAN seperti kedudukan dalam sekolah untuk bantu pelajar.
Data setakat penglibatan pelajar dalam setiap kuiz yang disertai.
Jawatan semua AJK dan AHLI AKTIF ;
Wajib klik komitmen 1 & 2 dan pilih mana-mana dua komitmen tambahan = Markah 10
Layak untuk semua pelajar yang mempunyai kehadiran 3 kali dan ke atas.
Untuk pelajar yang mempunyai kehadiran kurang 3 kali (AHLI BERDAFTAR)
Khidmat Sumbangan (Peringkat Sekolah) ini adalah dinilai di peringkat sekolah sahaja.
1. KELAB & PERSATUAN
Semua pelajar : (Pilihan 1) Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau peserta Program/ Pertandingan/ Karnival/ Kursus. (semua adalah peserta KARNIVAL SUBUR 2024/ MINGGU BAHASA/ BULAN PATRIOTIK dan lain-lain)
KECUALI - pelajar yang dikenal pasti tidak pernah hadir ke sekolah.
2. BADAN BERUNIFORM
Semua Pelajar : (Pilihan 1) Peserta Perkhemahan/ Pertandingan (semua adalah peserta dalam KARNIVAL SUBUR 2025, KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN dan lain-lain)
KECUALI - pelajar yang dikenal pasti tidak pernah hadir ke sekolah.
3. SUKAN & PERMAINAN
Semua pelajar : (Pilihan 1) Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau Peserta Kejohanan/ Pertandingan (semua adalah peserta KEJOHANAN MERENTAS DESA/ SUKAN TAHUNAN dan lain-lain)
KECUALI - pelajar yang dikenal pasti tidak pernah hadir ke sekolah.
Jumlah kehadiran perjumpaan sepanjang tahun ialah 12 kali bagi setiap aspek.
Semak kehadiran pelajar pada rekod penglibatan murid yang telah diedarkan oleh Penyelaras PAJSK.
Aktiviti yg disertai berlainan daripada keahlian kokurikulumnya.
Jika pelajar tersebut mengikuti aktiviti/program yang berlainan daripada KEAHLIAN UNIT KOKURIKULUMNYA, maka guru perlu menambah aktiviti tersebut sebagai Aktiviti Tambahannya.
Setelah selesai isikan maklumat keahliannya (ikut unit koko : Kelab Persatuan, Sukan Permainan dan Badan Beruniform), klik butang TAMBAH AKTIVITI ( + ) atau pada bahagian senarai pelajar dan klik pada lajur "Tambah ( + ) ".
Contoh : Keahlian Kelab Persatuan pelajar bernama Siti ialah Persatuan Bahasa Melayu. Tetapi Siti telah mengikuti pertandingan Sience Craft (Persatuan Sains & Matematik). Maka, Aktiviti Tambahan perlu diisi untuk pelajar tersebut.
KAEDAH : Dalam "Aktiviti Tambahan", pilih
Nama unit koko yg paling hampir dgn aktiviti/programnya.
Isikan PENGLIBATAN & PENCAPAIANNNYA
Pilih perkhidmatan berdasarkan rekod yang diedarkan.
Abaikan jika pelajar tiada badan kepimpinan murid.
Jika pelajar menerima Anugerah Khas seperti yang disenaraikan, sila pilih.
Jika TIADA, abaikan.
Panduan pentaksiran Khidmat Masyarakat (KHIDMAS) dalam EKSTRA KURIKULUM
Contoh templat pelaporan KHIDMAS (kosong)
Contoh templat pelaporan KHIDMAS yang lengkap.
Maksimum : 5 petak = 10 markah
Pilih mana-mana petak yang berikut yang menghasilkan 10 markah .
Beri keutamaan untuk AKTIVITI KEROHANIAN. (pelajar yang aktif hadir sekolah mengikuti aktiviti bacaan Yasin dan moral)
Pilih tahap pencapaian bintang bagi Nilam yang dibekalkan oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
Semak pencapaian NILAM di sini
Pilih senarai Tugas Khas (jika ada).