Semak di sini -->>>>
Laman ini mengandungi panduan pengisian PAJSK oleh guru-guru kelas SMK Sg Burong. Ia bertujuan untuk menyelaras pengisian markah PAJSK agar markah yang diberi adalah adil dan tepat.
Pautan untuk guru pengisian PAJSK : PAJSK >> SEKOLAH
ID Kod Sekolah : BEA3079
Kata Laluan : ********* (rujuk Penyelaras PAJSK Sekolah)
Untuk membuat rujukan keahlian kokurikulum, penglibatan dan pencapaian pelajar sepanjang tahun 2021, sila rujuk laman e-SPKo SuBur pada pautan ini.
Isikan bahagian
PENTAKSIRAN KOKURIKULUM
PENTAKSIRAN EKSTRA KURIKULUM
Pilih Tingkatan dan Kelas kemudian klik 'Cari'
Pilih data yang ingin diisi mengikut Unit Kokurikulum
Kelab Persatuan
Sukan Permainan
Badan Beruniform
Keahlian : Sama untuk setiap unit kokurikulum yang lain.
Klik Jawatan yang disandang oleh pelajar (jika ada).
PENYELARASAN : UNIT yang tiada dalam senarai sistem PAJSK
1 KELAB BIMBINGAN & KERJAYA/PROSTAR >> Kerjaya
2 KELAB KOPERASI >> Koperasi Sekolah
3 KELAB MALAYSIAKU
4 KELAB PEMIMPIN MUDA SUKAN/QUARTER MASTER >> QM
5 KELAB PENGGERAK DIGITAL (KOMPUTER)
6 KELAB PENGGUNA
7 KELAB PUSAT SUMBER >> Bahasa Melayu
8 KELAB REKA CIPTA & INOVASI >> Rekacipta
9 KELAB RUKUN NEGARA
10 KELAB SENI VISUAL
11 KELAB SPBT
12 PERSATUAN BAHASA ARAB
13 PERSATUAN BAHASA INGGERIS
14 PERSATUAN BAHASA MELAYU
15 PERSATUAN PELAJAR ISLAM >> Agama Islam
16 PERSATUAN SEJARAH & GEOGRAFI >> Sejarah
17 PERSATUAN STEM
______________________
1 BADMINTON
2 BOLA BALING
3 BOLA JARING
4 BOLA SEPAK
5 BOLA TAMPAR
6 CATUR
7 PERMAINAN TRADISI >> (L) Bola Sepak | (P) Bola Jaring
8 PETANQUE
9 PING PONG
10 SEPAK TAKRAW
_____________________
1 KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
2 KADET POLIS
3 KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
4 KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (KASPA)
5 PERGERAKAN PUTERI ISLAM
6 PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PPPM)
A. JAWATAN KELAB PERSATUAN
Jika pelajar tersebut adalah KAPTEN PASUKAN SEKOLAH (Bola Tampar, Bola Jaring, KRS dll.) semasa mengikuti pertandingan, pilih jawatannya Kapten/Penolong Kapten Pasukan.
B. JAWATAN SUKAN PERMAINAN
Jika jawatan pelajar itu dalam RUMAH SUKAN lebih tinggi berbanding dalam Sukan Permainan, pilih jawatannya dalam Rumah Sukan.
Contoh: Ahmad ialah AJK dalam kelab Bola Sepak, tetapi dia menyandang jawatan Setiausaha dalam Rumah Sukan WAJA. Maka, pilih jawatan SETIAUSAHA untuk aktiviti Sukan Permainan >> Jawatan : Setiausaha.
Jika tiada jawatan:
AHLI AKTIF : kehadiran pelajar 5 kali dan ke atas. (SEMUA PELAJAR LAYAK DIBERI "AHLI AKTIF").
KECUALI - Pelajar yang telah dikenal pasti TIDAK HADIR oleh Guru Kelas sepanjang sesi persekolahan 2021.
B. JAWATAN UNIT BERUNIFORM
Jika pelajar tersebut menyandang PANGKAT dalam unit beruniformnya, pilih mana satu yang lebih tinggi, sama ada Jawatan atau Pangkatnya.
Contoh:
Noor ialah ahli KRS dengan keahlian sebagai Ahli Biasa. Tetapi dia menyandang pangkat STAF SARJAN dalam ujian kenaikan pangkat. Maka, pilih STAF SARJAN/NAIB PENGERUSI.
Tafsiran bagi Penglibatan 1, 2, 3
PERINGKAT
Penglibatan 3 - Penglibatan murid bersifat meramaikan majlis (penyokong, kumpulan sorak dan sebagainya).
Tahap minimum yang boleh diberikan kepada semua pelajar yang tidak menyertai mana-mana aktiviti, selain di peringkat SEKOLAH.
Penglibatan 2 - Penglibatan murid dalam aktiiti seperti Jawatankuasa pelaksana, Petugas teknikal (QM), Persembahan selingan.
Pelajar-pelajar yang bertugas sebagai Kuatermaster (QM), Petugas Teknikal dan Pembantu Pegawai yang membantu guru semasa kejohanan/program.
Penglibatan 1 - Murid yand didaftarkan sebagai atlet/ peserta (perkhemahan/kursus/karnival/kejohanan/program) pertandingan.
Pelajar yang mewakili sekolah/ daerah/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa dalam program/pertandingan yang disertai.
Tahap pencapaian tertinggi individu.
TAHAP PENCAPAIAN (pembetulan 17 Jan 2022)
Rujuk rumusan;
Jika pelajar mewakili sekolah di peringkat daerah (tiada pencapaian) peringkat Daerah SHJ.
Pencapaian : kosongkan/abaikan (jika sekadar PENYERTAAN)
Pilih Pencapaian mengikut PENCAPAIAN SEBENAR mereka dalam peringkat yang disertai sahaja.
Terdapat beberapa kes untuk dipertimbangkan bagi tahun 2021.
1. Pelajar mempunyai PENYERTAAN di peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah secara automatik (tanpa melalui peringkat bawah).
Penglibatan ini dikira di bawah Kelab Persatuan/ Sukan Permainan/ Unit Beruniform.
Kaedah untuk pilih/klik:
PENGLIBATAN : klik ikut peringkat.
PENCAPAIAN : kosongkan (tak perlu klik mana-mana kotak) jika memang sekadar PENYERTAAN sahaja. Jika ada pencapaian/tempat, klik pencapaian tersebut.
**********************************************
2. Pelajar yang terlibat dengan Kuiz Dalaman Unit Koko peringkat TINGKATAN.
PENGLIBATAN : Sekolah (sebab tiada peringkat tingkatan)
PENCAPAIAN : pilih ikut kedudukan mereka dalam Tingkatan.
Iktiraf kedudukan dalam TINGKATAN seperti kedudukan dalam sekolah utk bantu pelajar.
Data setakat penglibatan pelajar dalam setiap kuiz yang disertai.
**********************************************
KOMITMEN
Jawatan AJK dan ke atas;
Wajib klik komitmen 1 & 2 dan pilih mana-mana dua komitmen tambahan = Markah 10
AHLI AKTIF (rujuk jawatan di atas tadi)
Klik mana-mana empat komitmen (kecuali 1 & 2) = markah 8
Khidmat Sumbangan (Peringkat Sekolah) ini adalah dinilai di peringkat sekolah sahaja. Memandangkan semua pelajar telah didaftarkan sebagai peserta bagi Kuiz Kokurikulum Secara Dalam Talian, maka semua pelajar layak diberi PILIHAN 1 : Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau peserta Program/ Pertandingan/ Karnival/ Kursus.
1. KELAB PERSATUAN
SEMUA PELAJAR : (Pilihan 1) Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau peserta Program/ Pertandingan/ Karnival/ Kursus .
KECUALI - pelajar yang dikenal pasti tidak pernah hadir ke sekolah.
2. SUKAN PERMAINAN
SEMUA PELAJAR : (Pilihan 2) Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau peserta Kejohanan/ Pertandingan.
KECUALI - pelajar yang dikenal pasti tidak pernah hadir ke sekolah.
3. UNIT BERUNIFORM
SEMUA PELAJAR : (Pilihan 1) Peserta perkhemahan Program/ Pertandingan.
KECUALI - pelajar yang dikenal pasti tidak pernah hadir ke sekolah.
Kehadiran perjumpaan mingguan aktiviti kokurikulum pada tahun 2021 dihadkan kepada maksimum 5 sahaja (seperti dalam surat arahan kerana faktor PDPR semasa PKP).
Pelajar lain (Ahli Aktif) dianggap hadir dalam setiap perjumpaan mingguan (Aktiviti Kuiz Kokurikulum dalam talian).
Pelajar yang TIDAK PERNAH HADIR dalam sesi persekolah 2021, pilih kehadiran = 1 sahaja (minimum).
Aktiviti yg disertai berlainan daripada keahlian kokurikulumnya.
Jika pelajar tersebut mengikuti aktiviti/program yang berlainan daripada KEAHLIAN UNIT KOKURIKULUMNYA, maka guru perlu menambah aktiviti tersebut sebagai Aktiviti Tambahannya.
Setelah selesai isikan maklumat keahliannya (ikut unit koko : Kelab Persatuan, Sukan Permainan dan Unit Beruniform), klik butang TAMBAH AKTIVITI (sebelah butang Simpan) atau pada bahagian senarai pelajar dan klik pada lajur "Tambah".
Contoh :
Keahlian Kelab Persatuan pelajar bernama Siti ialah Persatuan Bahasa Melayu. Tetapi Siti telah mengikuti pertandingan Sience Craft (Persatuan Sains & Matematik). Maka, Aktiviti Tambahan perlu diisi untuk pelajar tersebut.
KAEDAH : Dalam "Aktiviti Tambahan", pilih
Nama unit koko yg paling hampir dgn aktiviti/programnya.
Isikan PENGLIBATAN & PENCAPAIANNNYA
Boleh juga klik pada ikon di atas pada lajur "Tambah" untuk tambah Aktiviti Tambahan pelajar pada unit tersebut.
Contoh Aktiviti Tambahan bagi Kelab & Persatuan.
Klik ruangan ini untuk murid-murid yang mempunyai jawatan/berkhidmat sebagai:
Ketua Pengawas
Penolong Ketua Pengawas
Pengawas Sekolah
Kuatermasters (QM)
PRS
Pengawas Pusat Sumber (PSS)
Pengawas Koperasi
Pengawas SPBT
Ketua Kelas
Penolong ketua kelas
AJK Kelas
Pilih yang berikut UNTUK SEMUA MURID:
Aktiviti kejiranan
Aktiviti alam sekitar
Aktiviti kerohanian
Bagi tahun 2021, hanya kes-kes berikut diiktiraf sebagai "Lain-lain Anugerah Khas Yang Setara".
Digital Competency Standards (DCS) - peringkat NEGERI