Bangunan Diamond, yang menjadi ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia telah direka bentuk dengan keutamaan terhadap penggunaan tenaga yang minimum tanpa menjejaskan keselesaan penghuni. Salah satu ciri yang paling ketara ialah bentuk bangunan yang berbentuk berlian (diamond-shaped) yang bertujuan meminimumkan pendedahan kepada sinaran matahari secara langsung serta mengurangkan keperluan untuk pendingin hawa yang intensif tenaga.
Berdasarkan laporan Green Building Index (GBI), bangunan ini mencatatkan pengurangan penggunaan tenaga sebanyak enam puluh lima peratus berbanding bangunan konvensional bersaiz sama dan ini dicapai melalui penggunaan lampu T5 fluorescent dan sistem pencahayaan automatik berdasarkan kehadiran dan cahaya matahari dan ini sejajar dengan SDG 7 yang menekankan akses kepada tenaga bersih yang cekap dan mampan. Selain itu, Sistem pendingin hawa Displacement Ventilation yang lebih cekap tenaga, bumbung reflektif dan sistem penebat haba untuk mengekalkan suhu dalaman yang stabil. Akhir sekali, panel solar fotovoltaik digunakan di bumbung bangunan untuk menjana sebahagian tenaga elektrik, manakala sistem pengumpulan air hujan membantu dalam pemuliharaan sumber air. Oleh itu, sistem ini bukan sahaja menjimatkan sumber, malah menyumbang kepada pengurangan kesan karbon bangunan secara keseluruhan.
Bangunan Diamond direka bentuk untuk meminimumkan pelepasan karbon sepanjang kitar hayatnya iaitu dari pembinaan hingga bangunan itu beroperasi. Semasa fasa pembinaan, pemaju menggunakan bahan tempatan dan bahan kitar semula sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dari proses pengangkutan bahan binaan. Cat dan pelekat yang digunakan pula adalah rendah dalam sebatian organik meruap (VOC) bagi memastikan kualiti udara dalaman yang sihat.
Kelebihan ini ialah menyumbang kepada penurunan jejak karbon sebanyak lebih empat puluh peratus berbanding bangunan pentadbiran tipikal. Kajian oleh CIDB (2019) juga menunjukkan bahawa pengurangan ini memberi kesan jangka panjang kepada penjimatan tenaga negara dan pengurangan kesan rumah hijau.
Bukan itu sahaja, sistem landskap bangunan menggunakan tanaman tempatan yang tidak memerlukan banyak air atau penyelenggaraan intensif sekaligus menyokong biodiversiti tempatan tanpa memberi tekanan kepada sumber berbanding dengan bangunan biasa yang tidak mengamalkan konsep bangunan hijau.
Dari sudut sosial pula, keberkesanan bangunan Diamond building ini dapat dilihat melalui peningkatan tahap keselesaan, kesihatan dan produktiviti kakitangan yang bekerja atau orang yang tinggal di dalamnya. Bangunan Diamond turut memanfaatkan cahaya semula jadi dan sistem pengudaraan yang baik dimana secara psikologi terbukti menyumbang kepada tumpuan kerja dan kesihatan mental penghuni.
Dari segi operasi pula, sistem pengurusan bangunan ini besifat automatik dan pintar iaitu termasuklah pemantauan penggunaan tenaga waktu nyata serta penyelenggaraan berjadual berdasarkan prestasi sistem. Ciri-ciri ini membuktikan bahawa teknologi hijau bukan sahaja berkesan dalam menangani cabaran alam sekitar, tetapi juga meningkatkan keberkesanan tadbir urus dan kos operasi jangka panjang.
Menurut laporan tahunan Suruhanjaya Tenaga, penjimatan kos utiliti untuk bangunan ini dianggarkan melebihi RM1 juta dalam tempoh lima tahun operasi pertama. oleh itu, hal ini menjadikan ia sebagai bukti yang kukuh bahawa pelaburan awal dalam teknologi hijau membawa pulangan ketara dari aspek ekonomi dan kelestarian.