PANDUAN PENGISIAN PAJSK 2020

KANDUNGAN

Laman ini mengandungi panduan pengisian PAJSK oleh guru-guru kelas bagi SMK Sg Burong untuk Fasa ke-2 (akhir). Biasanya Fasa ke-2 adalah untuk pengisian penglibatan kokurikulum dan ekstra kurikulum murid sepanjang tahun tersebut.


  • Pautan untuk guru pengisian PAJSK : PAJSK >> GURU

  • ID Kod Sekolah : BEA3079

  • Kata Laluan : ********* (rujuk Penyelaras PAJSK Sekolah)

Isikan bahagian

  1. PENTAKSIRAN KOKURIKULUM

  2. PENTAKSIRAN EKSTRA KURIKULUM

PENTAKSIRAN KOKURIKULUM

Pilih Tingkatan dan Kelas kemudian klik 'Cari'

Pilih data yang ingin diisi mengikut Unit Kokurikulum

  • Kelab Persatuan

  • Sukan Permainan

  • Badan Beruniform

JAWATAN

Keahlian : Sama untuk setiap unit kokurikulum yang lain.

  • Klik Jawatan yang disandang oleh pelajar (jika ada).

A. JAWATAN KELAB PERSATUAN

  • Jika pelajar tersebut adalah KAPTEN PASUKAN SEKOLAH (Bola Tampar, Bola Jaring, KRS dll.) semasa mengikuti pertandingan, pilih jawatannya Kapten/Penolong Kapten Pasukan.

B. JAWATAN SUKAN PERMAINAN (kemaskini : 23 Nov 2020)


Jika jawatan pelajar itu dalam RUMAH SUKAN lebih tinggi berbanding dalam Sukan Permainan, pilih jawatannya dalam Rumah Sukan.

Contoh: Ahmad ialah AJK dalam kelab Bola Sepak, tetapi dia menyandang jawatan Setiausaha dalam Rumah Sukan WAJA. Maka, pilih jawatan SETIAUSAHA untuk aktiviti Sukan Permainan >> Jawatan : Setiausaha.


Jika tiada jawatan:

  • AHLI AKTIF : kehadiran pelajar 6 dan ke atas. (SEMUA PELAJAR LAYAK DIBERI "AHLI AKTIF").

  • AHLI BERDAFTAR : kehadiran pelajar 5 dan ke bawah.

B. JAWATAN UNIT BERUNIFORM

Jika pelajar tersebut menyandang PANGKAT dalam unit beruniformnya, pilih mana satu yang lebih tinggi, sama ada Jawatan atau Pangkatnya.

Contoh:

Noor ialah ahli KRS dengan keahlian sebagai Ahli Biasa. Tetapi dia menyandang pangkat STAF SARJAN dalam ujian kenaikan pangkat. Maka, pilih STAF SARJAN/NAIB PENGERUSI.

PERINGKAT & TAHAP PENCAPAIAN

PERINGKAT

Semua peringkat ditanda pada 'Penglibatan 1' - rujuk rumusan sama ada peringkat sekolah/zon/daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa.


TAHAP PENCAPAIAN

Rujuk rumusan;

  • Jika pelajar mewakili sekolah di peringkat daerah (tiada pencapaian) klik pencapaian Sekolah - Johan

  • Sekolah - Kelima bagi pelajar yg tidak mewakili sekolah.

KES-KES KHAS (TAHUN 2020)

Terdapat beberapa kes untuk dipertimbangkan bagi tahun 2020.


1. Pelajar mempunyai PENYERTAAN di peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah secara automatik (tanpa melalui peringkat bawah).

Penglibatan ini dikira di bawah Kelab Persatuan/ Sukan Permainan/ Unit Beruniform.

Contoh :

  • Larian Pandu Puteri (Kebangsaan),

  • Kuiz PBB (Negeri/Daerah)


Kaedah untuk pilih/klik:

  • PENGLIBATAN : klik ikut peringkat.

  • PENCAPAIAN : kosongkan (tak perlu klik mana-mana kotak) jika memang sekadar PENYERTAAN sahaja. Jika ada pencapaian/tempat, klik pencapaian tersebut.


**********************************************


2. Pelajar yg terlibat dgn Kuiz Dalaman Unit koko (Pasca PKP) peringkat KELAS.


  • PENGLIBATAN : Sekolah (sebab tiada peringkat kelas)

  • PENCAPAIAN : pilih ikut kedudukan mereka dalam Kelas.

Iktiraf kedudukan dalam kelas seperti kedudukan dalam sekolah utk bantu pelajar.

Data setakat guru² kelas yg hantar/lapor keputusan kuiz.


**********************************************

KOMITMEN

KOMITMEN

Jawatan AJK dan ke atas;

Wajib klik komitmen 1 & 2 dan pilih mana-mana dua komitmen tambahan = Markah 10


AHLI AKTIF (rujuk jawatan di atas tadi)

Klik mana-mana empat komitmen (kecuali 1 & 2) = markah 8

KHIDMAT SUMBANGAN (PERINGKAT SEKOLAH)

1. KELAB PERSATUAN

Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau peserta program/pertandingan/karnival/kursus.

2. SUKAN PERMAINAN

Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau peserta kejohanan/ pertandingan.

Justifikasi : Semua pelajar menyertai Karnival Sukan Sekolah dan Karnival Kokurikulum Sekolah.

3. UNIT BERUNIFORM

  • Peserta perkhemahan : bagi yang menyertai perkhemahan dalaman atau luar.

  • Membantu dalam menjayakan aktiviti pasukan beruniform (paling bawah) : murid yang tidak menyertai apa-apa perkhemahan.

KEHADIRAN

Sila rujuk rekod kehadiran pelajar.

Kehadiran perjumpaan mingguan aktiviti kokurikulum pada tahun 2020 dihadkan kepada maksimum 7 sahaja (faktor PDPR semasa PKP).

Rujuk pautan di bawah untuk rekod kehadiran kokurikulum bagi tahun 2020.

TAMBAH AKTIVITI

Aktiviti yg disertai berlainan daripada keahlian kokurikulumnya.

Jika pelajar tersebut mengikuti aktiviti/program yang berlainan daripada KEAHLIAN UNIT KOKURIKULUMNYA, maka guru perlu menambah aktiviti tersebut sebagai Aktiviti Tambahannya.

Setelah selesai isikan maklumat keahliannya (ikut unit koko : Kelab Persatuan, Sukan Permainan dan Unit Beruniform), klik butang TAMBAH AKTIVITI (sebelah butang Simpan) atau pada bahagian senarai pelajar dan klik pada lajur "Tambah".


Contoh :

Keahlian Kelab Persatuan pelajar bernama Siti ialah Persatuan Bahasa Melayu. Tetapi Siti telah mengikuti pertandingan Sience Craft (Persatuan Sains & Matematik). Maka, Aktiviti Tambahan perlu diisi untuk pelajar tersebut.


KAEDAH : Dalam "Aktiviti Tambahan", pilih

  • Nama unit koko yg paling hampir dgn aktiviti/programnya.

  • Isikan PENGLIBATAN & PENCAPAIANNNYA

Boleh juga klik pada ikon di atas pada lajur "Tambah" untuk tambah Aktiviti Tambahan pelajar pada unit tersebut.

Contoh Aktiviti Tambahan bagi Kelab & Persatuan.

PENTAKSIRAN AKTIVITI EKSTRA KURIKULUM

PERKHIDMATAN

Klik ruangan ini untuk murid-murid yang mempunyai jawatan/berkhidmat sebagai:

  • Pengawas

  • PRS

  • Pengawas PS

  • Pengawas Koperasi

  • Ketua Kelas

  • Penolong ketua kelas

  • AJK Kelas

KHIDMAT MASYARAKAT

Pilih yang berikut UNTUK SEMUA MURID:

  • Aktiviti kejiranan

  • Aktiviti alam sekitar

  • Aktiviti kerohanian

ANUGERAH KHAS

Bagi tahun 2020, hanya kes-kes berikut diiktiraf sebagai "Lain-lain Anugerah Khas Yang Setara".

  • Digital Competency Standards (DCS) - peringkat NEGERI

  • Penilaian Tahap Puteri Atasan PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) - peringkat KEBANGSAAN